Pages

Ads 468x60px

Monday, March 28, 2011

MALU!


[1] RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Malu itu adalah sebahagian daripada iman”. - (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmizi).

[2] Berdasarkan hadis ini, orang yang mengaku mereka beriman perlulah mempunyai sifat malu.

[3] Iman dan malu itu serumpun. Jika tiada (hilang) salah satu, maka hilanglah pula yang keduanya. – Hilang malu, tiadalah iman. Hilang iman, tiadalah malu.

[4]
Mesti malu mendedahkan aib orang, apatah lagi mendedahkan aib sendiri atau merelakan aib diri didedahkan orang.


[5] Yang diperintah oleh Allah supaya tidak didedahkan itu kerana ia aib. Keburukan orang aib, maksiat yang dilakukan orang juga aib, aurat pun aib. HARAM mendedahkan yang aib.

[6] Mari bermuhasabah, mari bertaubat. Malulah depan Allah dan malulah depan manusia.

[7] Ya Allah, kurniakan kami sifat malu.

Sunday, March 27, 2011

CANTIKNYA HUKUM ISLAM


[1] Kesalahan zina dan liwat hanya sabit dengan iqrar (pengakuan si pelaku) atau saksi-saksi yang memenuhi syarat-syaratnya.

[2] Iqrar mestilah dilakukan berulangkali di hadapan hakim dan hakim perlu menunjukkan rasa tidak senang terhadap iqrar tersebut (agar tidak mengulangi iqrar tersebut), kerana bertaubat lebih baik dan dituntut.

[3]
Penarikan balik pengakuan si pelaku (walaupun telah menepati syarat iqrar) adalah diterima dan pelaku bebas daripada hukuman.


[4]
Saksi mestilah bukan orang yang berkepentingan tertentu atau prejudis (seperti menjadi saksi kepada bapa) dan tidak bermusuhan dengan orang yang dituduh (maka tidak boleh diterima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik).


[5] Empat orang saksi tersebut mestilah seorang yang adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

[6] Saksi juga mestilah melihat dengan jelas kesalah itu berlaku, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya. Ulama’ bersepakat bahawa kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat.

[7]
Cantiknya hukum Islam :

  1. Tidak sewenang-wenangnya membuat pertuduhan.
  2. Menjaga aib yang menuduh dan yang tertuduh.
  3. Bersifat mendidik, bukan menghukum.
  4. Memberi peluang untuk bertaubat.

Thursday, March 24, 2011

SISTERS, TUTUPLAH AURATMU!


Rasa berat dan tidak larat sudah untuk ku sampaikan seruan ini. Berat barangkali kerana begitulah hakikat iman dalam diri manusia, kadang-kadang naik dan ada masanya menurun, lalu kadang-kadang mampu menegur dan ada ketika sekadar mengeluh. Tak larat pula bukan kerana sudah selalu tegur, tapi bukankah sudah banyak mereka-mereka yang juga tidak senang dengan hal ini membuat teguran?

Tak kan dengan sebanyak itu nasihat, peringatan dan teguran yang diberikan, masih belum terkesan untuk mengatur hidup dengan aturan Tuhan? Betul juga kata teman saya, “Itulah sikap manusia, lupa, lalai, alpa. Selalulah beri peringatan kepada mereka”.


Aku tidak mampu memberi peringatan, cukuplah Allah yang memberi peringatan :
"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(Surah an-Nur: 31)
Menurut Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud PERHIASAN perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai untuk berhias dan mempercantikkan tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, RAMBUT DAN POTONGAN TUBUH, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, MAKE-UP dan sebagainya.

Ada baiknya juga kalau amaran Nabi s.a.w. ini kita teliti :
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu : [1] Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); [2] PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, YANG CENDERUNG KEPADA PERBUATAN MAKSIAT DAN MENCENDERUNGKAN ORANG LAIN KEPADA PERBUATAN MAKSIAT , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini TIDAK AKAN BOLEH MASUK SYURGA, SERTA TIDAK DAPAT AKAN MENCIUM BAU SYURGA, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)
Yang terzahir yang boleh didedahkan itu hanyalah muka dan tapak tanganmu sahaja, ada pun yang lain daripada keduanya, tutuplah ia. Jadilah muslimah mu’minah yang menuju destinasi syurga.

Pakaian pastikan jangan nipis.

Tudung pastikan labuh melebihi paras dada.

Janganlah pakai pakaian yang ketat dan sendat.

SISTERS, TUTUPLAH AURATMU!


Wallahua’lam.

Wednesday, March 16, 2011

TSUNAMI


Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat).
Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya.
Dan manusia bertanya : "Mengapa bumi (menjadi begini)?"
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.
Kerana sesungguhnya tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

Cerita Tsunami di Bilik Kuliah

Berkomentar berkenaan tsunami yang melanda jepun, pagi semalam seorang pensyarah bercerita perihal seorang pendakwah dari jamaah tabligh dalam satu jelajah dakwah di bumi barat. Dengan berpakaian lengkap berjubah dan berserban, ditambah pula dengan janggut dan jambang di dagu dan pipinya, setibanya di lapangan terbang, disapa seorang lelaki barat dengan kejian dan cercaan terhadap usaha dakwah yang dilakukan.

Katanya, ajaran lebih 1400 tahun itu tidak lagi terpakai di zaman moden berteknologi ini. Katanya lagi, zaman ini mampu predict zaman mendatang, bukannya lagi zaman berjanggut, berserban dan berquran. Satu persatu disebutnya kecanggihan teknologi zaman ini, katanya lagi, teknologi zaman ini juga mampu predict tsunami yang akan berlaku.

Tersenyum si pendakwah mendengar cercaan yang bertalu-talu itu. Satu soalan diaju, “Betul teknologi kamu mampu menjangkakan tsunami...tapi adakah teknologi kamu mampu menahan tsunami daripada berlaku?”.
Terdiam. ..berhenti berkata-kata cerca.


Teknologi kami mampu! Solat dua rakaat, berdoa dengan penuh yakin kepada Allah, nescaya tsunami berhenti bertalu. Inilah teknologi kami sejak 1400 tahun dulu... Dia malu dan terus berlalu.

Teruskan bermuhasabah, pastikan anda temui pengajarannya.

Wednesday, March 9, 2011

NEJMUDDIN ERBAKAN - Engineer Gerakan Islam


Prof Dr Nejmuddin Erbakan adalah merupakan seorang pemimpin ulung gerakan Islam di Turki pada zaman moden. Beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga tahun 1997 dan dianggap sebagai Al-Mursyid Al-Ruhiy kepada gerakan Islam Turki.

Pada tanggal 27 Feb 2011 yang lalu beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia 85 tahun selepas ditimpa penyakit dalam tempoh yang agak lama.


Beliau telah dilahirkan pada tahun 1926 di Bandar Sinop, Turki. Bapanya ialah Mehmet Sabri merupakan seorang hakim di Bandar Cilicia dan ibunya ialah Kamer.


Pada tahun 1943 beliau telah menamatkan pengajian menengahnya di Istanbul dan pada tahun 1948 beliau telah mendapat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan Mekanikal di Istanbul Technical University (ITU) dengan pencapaian CGPA 4.00. Kecemerlangannya telah menarik minat pihak Universiti dan menawarkannya kerja sebagai tutor. Kemudiannya pihak Universiti telah menghantar beliau menyambung pengajian di RWTH Aachen University, German di mana beliau telah mendalami bidang pembangunan enjin kereta kebal.


Kemudian beliau kembali semula ke Turki dan dilantik sebagai Profesor di ITU pada tahun 1965 sedangkan umurnya baru 29 tahun. Nejmuddin Erbakan mula aktif dalam politik setelah tamat pengajian di Fakulti Kejuruteraan dan setelah mendapat pengalaman yang luas dalam bidang industri. Pada tahun1969 beliau telah menjadi ahli Parlimen di Bandar Konya.


Pada tahun 1970 Erbakan dengan kerjasama gerakan tarekat Al-Nursiyyah telah menubuhkan sebuah Parti Islam pertama di Turki yang kemudiannya diharamkan oleh kerajaan. Pada tahun 1972 beliau menubuhkan pula Parti Sejahtera Nasional. Pada tahun 1980 beliau dipenjarakan kerana menggerakkan demonstrasi besar-besaran di Turki bagi menentang penjajahan Yahudi ke atas Palestin.


Pada tahun 1996 Erbakan telah menubuhkan Parti Refah dan memenangi 185 kerusi yang dipertandingkan dan berjaya membentuk kerajaan campuran di Turki bersama dengan Parti Jalan Benar.


Pada tahun 1998 Parti Refah diharamkan dan Erbakan dilucutkan jawatan kerana dituduh mencemarkan dan melakukan aktiviti menggugat kedaulatan sekular di Turki. Beliau juga dihalang terlibat dengan politik selama lima tahun. Namun beliau telah menubuhkan parti baru bernama Parti Fadhilah yang digerakkan oleh salah seorang pembantunya tetapi turut diharamkan pada tahun 2000. Selepas tamat tempoh halangan berpolitik pada tahun 2003 Erbakan kembali menubuhkan Parti baru iaitu Parti Sa’adah namun pergerakannya yang cenderung kepada perjuangan Islam dapat dihidu oleh pemerintah sekular dan akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan selama dua tahun ketika umurnya mencecah 77 tahun.

Pada tahun 2008 kerajaan Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan telah mengeluarkan kenyataan rasmi pengampunan ke atas Erbakan. Erdogan adalah merupakan anak didik Erbakan dan berjaya meneruskan usaha yang pernah di asaskan oleh Najmuddin Erbakan melalui Parti Keadilan dan Pembangunan Turki yang juga mempunyai kecenderungan Islam. Asas kesedaran Islam yang dipupuk oleh Erbakan akhirnya berputik dan disambung oleh Erdogan yang memerintah Turki hingga kini.

Begitulah kisah hidup ringkas seorang pejuang yang lahir dalam sebuah negara sekular yang sangat anti kepada setiap usaha mengembalikan kedaulatan pemerintahan khilafah Islam di Turki yang lumpuh pada semenjak 1924. Kegigihan Nejmuddin Erbakan di dalam mengasaskan gerakan Islam dan menubuhkan Parti Islam di Turki, kini telah menampakkan hasilnya di mana sokongan semakin meningkat terhadap gerakan Islam di Turki. Semoga Allah Taala memberkati segala usaha beliau dan merahamti rohnya serta ditempatkan bersama golongan para Syuhada dan Solihin.