Pages

Ads 468x60px

Wednesday, August 31, 2011

MERDEKA!


Kemerdekaan – Pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan. Secara ringkasnya, itulah kemerdekaan jika ia dibincang dari sudut terminologi.

Jika ditinjau dari sudut sejarahnya pula, ia melibatkan pengkisahan yang panjang sehinggalah tiba pada malam sebelum 31 Ogos 1957, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia, bendera Persekutuan Tanah Melayu pun dinaikkan. Pada 31 Ogos 1957 barulah secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu dilakukan.

Walaupun pengkisahan sejarah kemerdekaan ini kini menerima pelbagai kritikan dan keraguan, namun, tetap juga bagi seluruh warganegara Malaysia – rakyat jelata dan pihak penguasa – memupuk nilai cinta kepada tanah air dan mempertahankannya dari sebarang ‘pencerobohan’. AWAS! Pencerobohan tidak hanya dengan ketenteraan dan tidak juga hanya dari luar.

Maka, KEMERDEKAAN yang dirai saban tahun adalah bukan sekadar untuk mengimbau sejarah silam, tapi ia adalah proses dan kerja yang menjadi tanggungjawab semua. Mari kita MERDEKAkan tanah air kita, Malaysia tercinta :

  1. MeMERDEKAkan MEDIA daripada menjadi alat fitnah-memfitnah, penyebaran berita palsu dan hiburan melampau. MEDIA mesti menjadi alat untuk mendidik rakyat.
  2. MeMERDEKAkan SISTEM KEHAKIMAN daripada gangguan dan cengkaman mana-mana pihak. SISTEM KEHAKIMAN mesti bersifat bebas dan berlaku adil.
  3. MeMERDEKAkan SISTEM EKONOMI dari belenggu penindasan. Rakyat marhaen tidak harus menjadi mangsa menanggung beban kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang lain.
  4. MeMERDEKAkan SISTEM FEDERALISME daripada pencabulan penguasa kuku besi. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan dan dihormati. Hak dan tanggunggjawab bersama pula perlu diperkukuhkan.
  5. MeMERDEKAkan SISTEM PENDIDIKAN dari sebarang sistem dan peraturan yang menyebabkan hak untuk mendapat pendidikan dinafikan dan ada yang menjadi ‘mangsa korban’ sistem pendidikan yang tidak mampu membina modal insan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah hil Hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.

Wallahua’lam.

Tuesday, August 30, 2011

PERUTUSAN AIDIL FITRI 1432H


Umat Islam yang beriman, melepaskan Ramadan dengan dua perasaan – bersedih dan bergembira. Disamping bergembira dengan tibanya Syawal, bergembira juga kerana mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadan, dan atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan.

Bersedih pula kerana merindui dan menangisi peluang dan kemudahan yang diberikan Allah s.w.t. di bulan ini, antaranya peluang untuk meraih syurga yang terbuka luas, tawaran pengampunan dosa-dosa lalu, kemaqbulan doa yang hebat, peluang mempertingkatkan taqwa dan yang terbesar, Malam al-Qadar.

Bersempena dengan ketibaan Syawal ini, marilah kita bermuhasabah ibadah puasa kita supaya kelebihan Ramadan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. itu berlaku pada diri kita – kemuncaknya ialah menjadi seorang yang beriman yang bersifat taqwa. Antara tandanya ialah :

  1. Bersedia mengerjakan amal soleh dengan mengikut perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya.
  2. Berjuang melawan segala halangan yang menyekat petunjuk al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. daripada menjadi petunjuk yang selamat di dunia dan akhirat.

Dalam keghairahan menyambut Syawal ini juga, suka untuk saya memperingatkan beberapa perkara berikut :

  1. Memelihara waktu solat – jangan sampai kesibukan berziarah, melalaikan kita pada waktu solat.
  2. Memelihara adab berpakaian dan berhias – pastikan pakaian menutup aurat dan tidak memakai wangi-wangian yang menarik perhatian kaum berlainan jantina.
  3. Memelihara batas pergaulan antara lelaki dan perempuan – tidak berjabat tangan atau berpelukan dengan yang bukan mahram.

Akhirnya, saya, selaku Presiden Ma’ruf Club, mewakili seluruh sof kepimpinan Ma’ruf Club, dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam khusunya warga UIAM. Raikanlah hari yang berbahagia ini dengan perasaan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Wallahua’lam.

EIKHWAN ALI
Presiden Ma’ruf Club

Thursday, August 11, 2011

TAHNIAH


Salam Ramadan

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya yang telah memberi nikmat tidak terhingga kepada hamba-hamba-Nya sehingga ke saat ini. Di tengah bulan Ramadan al-Mubarak ini, kita warga UIAM amat berbesar hati serta mengalu-alukan perlantikan Prof. Dato’ Dr Zaleha bt. Kamaruddin sebagai Rektor UIAM yang baru.

Oleh itu, saya, mewakili seluruh ahli Ma’ruf Club mengucapkan tahniah dan syabas atas perlantikan beliau. Selain itu, kami mengalu-alukan kedatangan semula Prof. ke Taman Ilmu dan Budi.

Umum mengetahui bahawa warga UIAM senantiasa menyemat penuh visi dan misi UIAM dalam melahirkan graduan dan warga UIAM yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Maka, besarlah harapan kami, mahasiswa UIAM, mendambakan pengalaman Prof. yang sebelum ini yang pernah bertugas di Insititut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan pernah juga menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Selangor, dalam menerap Biah Solehah di bumi UIAM.

Bagaikan ibarat sirih pulang ke gagang, saya yakin dan percaya Prof. adalah yang terbaik untuk memimpin warga UIAM lebih-lebih lagi berbekalkan pengalaman Prof. yang pernah menjadi Dekan Kuliyyah Undang-undang sebelum ini.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucap tahniah dan syabas serta selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan integriti kepada Prof. sepanjang berkhidmat di UIAM.

Eikhwan Ali
Presiden Ma’ruf Club

=====

Ramadan Kareem

Alhamdulillah. Praises be to Allah, the Most Bountiful and Most Gracious. It is only with His will that we are living at this moment. In this noble month of Ramadan, it is indeed great pleasure for IIUM community to welcome Prof. Dato’ Dr Zaleha bt. Kamaruddin as a new Rector of IIUM.


On behalf of Ma’ruf Club members, I would like to take this beautiful moment to congratulate and welcome Prof to the Garden of Knowledge and Virtue.

As we know, triple ICE is the vision and mission of IIUM. Hence, the whole community of IIUM is centered upon this vision and mission in producing students ingrained with Islamic values in their daily life.

Thus, we as the students highly hope that Prof will guide and lead us towards achieving Islamic environment in IIUM, since Prof had experienced Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Furthermore, Prof also had achieved Anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Selangor. As a former Dean of Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law, I believe that Prof is the best person to lead us.

Again, congratulation to Prof. Dato’ Dr Zaleha bt. Kamaruddin as a new rector of IIUM, and we pray for Prof success in fulfilling responsibility towards IIUM community.


Congratulations!

Eikhwan Ali
President of Ma’ruf Club