Pages

Ads 468x60px

Sunday, September 25, 2011

TALK SHOW Ustaz Azhar Idrus



InsyaAllah, Ustaz Azhar Idrus akan mengupas tajuk : 
“ILMU – Antara Amanah Agama dan Kerjaya Dunia” 

Anjuran Bersama : 
Ma’ruf Club UIAM 
Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA-UIAM)

Friday, September 23, 2011

FUNGSI TERAS KUASA POLITIK

 
Jika politik itu adalah hal ehwal pentadbiran dan pengurusan hidup manusia, maka Islam mempunyai kaedah tersendiri untuk membangun tamadunnya. Kerana itu, Islam memerintahkan orang-orang yang mempunyai kuasa, untuk menegakkan strategi politik berikut : 

[1] Menyuruh Rakyatnya Solat – kerana solat menjadi alat yang paling berkesan untuk membentuk peribadi mulia rakyat dan kewibawaan seorang pemimpin. Rakyat yang berperibadi mulia dan pemimpin yang beribawa ialah rakyat dan pemimpin yang beriman kepada Allah s.w.t. Orang-orang yang beriman adalah orang yang beramanah dengan tugasannya. Maka barulah kerja yang dilakukan menjadi efektif dan produktif serta berlandaskan keadilan Islam. Pemimpin tidak rasuah dan rakyat pula tidak culas. 

[2] Menyuruh Rakyatnya Mengeluarkan Zakat – kerana zakat adalah sistem agihan kekayaan yang terbaik untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara manusia serta bagi memastikan setiap manusia mempunyai kecukupan yang munasabah untuk mengurus kehidupannya dalam hal ehwal makan minum, berpakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan mereka. Maka lahirlah daripada syariat ini, perasaan simpati dan empati, kasih-sayang diantara satu sama lain dan kesungguhan kerja yang terbaik. 

[3] Menyuruh Rakyatnya Melakukan yang Ma’ruf, Mencegah yang Munkar – kerana dengan yang demikian, terpeliharalah kepentingan masyarakat umum. Ia bertujuan memelihara keamanan dalam hidup bermasyarakat, mencegah tindakan manusia yang melampau, khususnya terhadap pelanggaran syariat Allah s.w.t., membentuk mentaliti dan budaya untuk menerima segala bentuk kebaikan, walaupun daripada masyarakat bangsa dan agama lain serta menolak segala bentuk keburukan walaupun daripada masyarakat sebangsa dan seagama sendiri. 

Benarlah firman Allah s.w.t. : 


“(iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” 
(Surah al-Hajj : 41) 

Wallahua’lam.

Tuesday, September 6, 2011

INSTITUSI KEHAKIMAN


[1] Adalah maklum oleh sekalian manusia yang berakal, bahawa hikmah kehakiman itu adalah untuk mengangkat kacau-bilau, menolak bala bencana, mencegah orang yang melakukan kezaliman dan  membantu yang dizalimi, memutus pertikaian, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemunkaran.

[2] Sebahagian fuqaha’ mengatakan kehakiman adalah lebih kuat daripada memberi fatwa  ( الإفتأ ) kerana kehakiman itu adalah memberi fatwa dan mengikat orang yang terlibat ( الإفتأ وإلزام ).

[3] Hal ini jelas menunjukkan peri pentingnya institusi kehakiman ini dalam sesebuah negara bagi menjamin keamanan negara dan keharmonian hidup bermasyarakat. Doktrin pengasingan kuasa yang terjamin dalam perlembagaan harus dipelihara dan dipertahankan.

[4] Kebimbangan kita ialah :

  1. Berlakunya penaklukan institusi kehakiman oleh eksekutif (kerajaan) melalui penggubalan undang-undang oleh parlimen. 
  2. Wujudnya anasir yang cuba mempengaruhi institusi kehakiman melalui proses perlantikan hakim yang rapat dengan pihak eksekutif.
[Jika?] Ia belaku, [akan?] memberi lebih kuasa kepada pihak eksekutif (kerajaan) dan natijahnya, hak rakyat tidak dapat dilindungi oleh kuasa kehakiman. Maka hilanglah ‘hikmah kehakiman’ itu, lalu berlakulah kacau-bilau, terjadilah bala bencana, yang melakukan kezaliman bebas daripada sebarang pendakwaan, yang dizalimi dinafikan hak untuk diadili, berterusan pertikaian, kemunkaran menyubur dan kebaikan semakin terhakis.

[5] Institusi kehakiman harus diselamat dan dipulihkan :

  1. Hakim yang dilantik mesti melengkapi syarat-syarat kelayakan dan kemampuan yang meliputi aspek keilmuan, moral dan etika. 
  2. Hakim yang dilantik mesti mempunyai kesungguhan, keazaman dan tekad untuk menjalankan proses kehakiman dengan adil, bermula dari mendengar pendakwaan sehinggalah dijatuhkan hukuman. 
  3. Hakim dan institusi kehakiman mesti jauh daripada campur tangan pihak penguasa. 
  4. Majlis Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan mesti memberi sokongan kepada institusi kehakiman dengan mengambil tindakan keatas mana-mana individu atau pihak yang cuba mempengaruhi hakim dan institusi kehakiman.

[6] Sekiranya hakim-hakim yang sedia ada berani untuk menegakkan hak-hak kehakiman, seluruh rakyat pasti akan memberi sokongan yang padu.

[7] Firman Allah s.w.t. :
 “...dan jika kamu menghukum, maka hendaklah menghukum antara mereka itu dengan adil, sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang melakukan keadilan.”
(Surah al-Maidah : 42)


Tahniah dan takziah kepada Tan Sri Arifin Zakaria atas perlantikan sebagai Ketua Hakim Negara. Jadilah Tan Sri sebagai orang yang paling dikasihi Allah s.w.t.

Wallahua’lam.

Sunday, September 4, 2011

UCAPAN SELAMAT DATANG [ WELCOMING REMARKS ]



Nabi Muhammad s.a.w., tidak pernah keluar dari rumahnya melainkan setelah dibaca doa berikut :



“Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada aku sesat atau disesatkan, gelincir atau digelincirkan, menzalimi atau dizalimi, bodoh atau aku diperbodohkan.” 

Marilah kita yang keluar dari rumah di desa menuju ke kota Taman Ilmu dan Budi (Garden of Knowledge and Virture) ini, meletakkan kebergantungan yang tertinggi kepada Allah s.w.t., mudah-mudahan berterusan dengan petunjukNya jualah kita memandu kehidupan

Saya, mewakili saf kepimpinan Ma’ruf Club, ingin  mengucapkan Selamat Datang, اهلا وسهلا ومرحبا بكم kepada Pelajar-pelajar Ambilan Baru Sesi 2011/2012 ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM. 

Dalam kesempatan yang ringkas ini, suka untuk saya memperingatkan beberapa perkara berikut : 

  1. Mengurus perancangan akademik dengan bijak - memanfaatkan waktu, mengurus tugasan secara tepat 
  2. Membuat perancangan ekonomi dengan baik - cermat berbelanja dan rajin menabung 
  3. Mengukuh jaringan sosial dan merapatkan ukhuwwah Islamiyyah – hidupkan budaya taaruf dan salam, saling hormat-menghormati 
  4. Melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan – menyertai organisasi dakwah, menjalankan tugas amar ma’ruf nahi munkar 

Akhirnya, saya juga ingin mengajak saudara-saudari sekalian untuk bersama-sama dengan Ma’ruf Club, menjalankan tugas dakwah dan amar maruf nahi munkar sehingga akan ada benih-benih yang terpilih, akan bertunas dan tumbuh sebagai pohon yang subur dan merendang, lalu memayungi umat manusia dengan kebaikan dan keindahan Islam. 

Discover the Beauty of Islam 
Inspiring Dakwah, Leading the Ummah 

Wallahua’lam. 

======= [ ENGLISH VERSION ] =======

Our beloved Prophet Muhammad s.a.w., had never left his house without recite the following supplication :

Let us leave our home together to head to The Garden of Knowledge and Virtue by putting our hope only to Allah s.w.t., may He always protect us under his bless.

I’m on the behalf of Ma’ruf Club, would like to welcome all New Intake Students 2011/2012 Session to IIUM.

In this short introduction, I would like to remind you with several important things as follow :

  1. To manage your academic planning wisely – benefit the time and manage the task efficiently.
  2. To have good economic planning – budget the spending, practice saving and do not wasting.
  3. To strengthen social network and tighten Ukhuwwah Islamiyyah among us – exercise the culture of taaruf and salam, respect each other.
  4. To participate in community services - involve in dakwah based organization and practice amar ma’ruf and nahi mungkar.

Lastly, I would like to invite all of you, brothers and sisters, to join us together in Ma’ruf Club. Together we practice dakwah and amar ma’ruf nahi mungkar in order to revive Bi’ah Solehah in our campus.

Discover the Beauty of Islam 
Inspiring Dakwah, Leading the Ummah 

Wallahua’lam.