Lapan bulan sudah berlalu, namun
masih tiada tanda ia akan surut. Bumi Syria menjadi saksi kekejaman rejim yang
terus berlarutan walaupun siri lontaran suara rakyat dan kecaman antarabangsa
terus hebat diadakan.
Di tampuk kuasa, pemerintahnya
buta dan tuli rasa kemanusiaan, dan ia bukanlah suatu yang ganjil bagi mereka
yang menguasai tampuk kepimpinan secara warisan. Bermula dengan ayahnya, Bashar
Al-Assad terus menggasak mereka yang tidak sehaluan dengan citarasanya. Kuakan
darah aktivis Ikhwan Muslimin yang bergelimpangan suatu masa dahulu belum
berhenti lagi.
Isu pembataian di Syria bukanlah
isu yang boleh dianggap terpencil dan lapuk di sisi umat Islam amnya. Sangat
aneh jika ia dipandang remeh kerana rakyat tidak berhenti menuntut perkara yang
sangat rasional iaitu hak keadilan dan layanan kemanusiaan. Hanya bermula
dengan tindakan berani sekumpulan kanak-kanak yang menconteng keinginan untuk
meruntuhkan kerajaan Syria di muka dinding bangunan, hukuman bunuh menjadi
jawapan bagi mereka. Lantas tindakan kejam ini menuntun rakyat amnya bangkit
menentang sistem lapuk tirani dan kebobrokan sosialisme Arab.
Teori Domino yang disebut-sebut
seusai kebangkitan rakyat di Tunisia mengajak dunia amnya melihat belahan Timur
Tengah secara khusus. Baik dari sudut pergolakan politik, kelemahan sistem
ekonomi, masalah kadar pengangguran yang meningkat ditambah kelemahan urus
tadir kerajaan menjadi faktor utama yang mendorong revolusi Arab. Kebangkitan
Arab tidak berhenti di Mesir, ia terus berlarutan ke Yaman dan Syria, namun lain
halnya di Syria berbanding Mesir, tiada lagi tanda Bashar Al-Assad akan turun
dari kerusi empuknya.
Keadaan diburukkan lagi dengan
penempatan tentera di Homs, serangan demi serangan ke atas rakyat terus
berlanjutan walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
menggesa ia dihentikan. Lebih menyedihkan apabila masjid-masjid dirobohkan dan para
penyokong Bashar Al-Assad masih boleh berarak gembira menyambut kedatangan duta
Rusia ke negara itu, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Para ulama’ terkehadapan memimpin
kebangkitan rakyat dengan mengeluarkan fatwa mewajibkan rakyat bangkit
mempertahankan hak nyawa dan harta benda mereka. Masyarakat dunia Islam harus
sedar bahawa kebangkitan rakyat bukanlah penentangan yang semberono sebaliknya
ia merupakan kebangkitan akidah. Kanak-kanak dibunuh, para wanita dirogol dan
mereka yang keluar memenuhi jalan-jalan raya berwuduk terlebih dahulu sebelum
pergi, kerana mereka belum pasti adakah mereka akan pulang atau sebaliknya.
Inilah manifestasi rakyat yang
sudah jemu dengan pemerintahan yang mengenyangkan tembolok pemerintah sedangkan
rakyat berada dalam paras kemiskinan. Sosialisme Arab yang bertapak lama sudah
tidak mahu diterima lagi kerana ia tidak menguntungkan rakyat, sebaliknya mengaut
hak mereka. Dasar sosialisme yang merampas hak individu dan menyamaratakannya
dalam kalangan rakyat mencipta jurang yang besar antara rakyat dan pemerintah.
Untuk rakyat, tindakan bersuara
merupakan satu dosa yang besar, mereka harus dibunuh sedangkan ironinya hak
untuk bersuara dijamin oleh Islam. Hal ini ditunjukkan dengan suatu peristiwa
yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Suatu hari seorang lelaki datang
mengadu kepada baginda bahawa dia telah dianiaya oleh jirannya. Lalu baginda
mengarahkan agar dia meletakkan barang-barangnya di muka jalan berhampiran
rumahnya sebagai tindakan protes terhadap jirannya. Apabila orang lalu-lalang,
mereka bertanya apakah yang telah berlaku dan apabila hal sebenar diketahui,
jirannya berasa malu dan menghentikan tindakannya. Inilah lunas dan alternatif
Islam yang membenarkan tindakan protes atas kekejaman yang berlaku.
Allah juga telah berfirman dalam surah
An-Nisa ayat 148 :
“Allah tidak menyukai perkataan
yang buruk (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang
dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”
Ulama’ tafsir menjelaskan “orang
yang dizalimi” dalam ayat tersebut boleh mengemukakan kepada hakim atau
penguasa tentang keburukan-keburukan orang yang menzaliminya. Lantas, salahkah
rakyat Syria menuntut agar Bashar Al-Assad turun dari kerusinya dan
menghentikan pembunuhan yang tidak rasional ini? Pastinya dia bukan menumpahkan
darah musuh Islam, tetapi darah watannya sendiri dan penderitaan rakyatnya dipendam
sejak pemerintahan rejim ayahnya.
Dalam menangani isu ini, seharusnya
Pertubuhan Negara Islam (OIC) dan Liga Arab bijak mencari peluang dan solusi
dalam menghentikan kekejaman ini tanpa mengharapkan pertolongan awal Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hakikatnya, isu Syria dipandang enteng seolah-olah
tidak diambil peduli walaupun jumlah korban makin meningkat. Media massa lebih
tertumpu kepada isu-isu tempatan yang makin panas dibuai gelombang pilihan raya
umum baik kelemahan kerajaan negeri, krisis dalaman sesetengah parti politik,
soal intergriti ahli politik dan pelbagai ganjaran yang menanti rakyat selepas pilihan raya nanti.
Bangunkan ufuk minda, darah umat
Islam makin deras mengalir di Syria, lupakah diri pada sabda Rasulullah (saw) :
“Tidak beriman seseorang daripada
kamu sehingga dia mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya.”
Isu Syria tidak tertakluk kepada
rakyatnya sahaja, sebaliknya ia merupakan isu bersama umat Islam amnya, apatah
lagi ia membabitkan pegangan akidah dan siri kekejaman yang tidak kunjung
padam. Revolusi dunia Arab dan kebangkitan rakyatnya tidak harus dipandang sepi
lantaran ia memacu semangat kesedaran baru menolak kelemahan sistem ciptaan
manusia, yang mana ia tidak menjamin keadilan yang sebenar sebaliknya menawarkan
penindasan terhadap rakyat.
Hak bersuara dihalang, nilai nyawa
menjadi murah dan perlindungan hak sosial serta kebajikan rakyat terabai
mendorong rakyat menolak kerajaan yang korup dan zalim. Dunia Arab dan Asia
berkongsi rasa yang sama, disapa angin Islam yang menjadi tali pengikat
hubungan ukhwah Islamiah. Maka sudah sampai masanya ia diperkemaskan dan diikat
kuat agar ia tidak putus lagi menerusi sokongan dan bantuan yang berterusan. Syria
– kunci akhir kebangkitan Islam...akan tiba masanya Islam menang!
i'Allah.....
ReplyDeleteUmat Islam khususnya harus bersatu. Dengan adanya penyatuan di dalam komuniti kita, barulah kita dapat menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang. Dari sini baharulah kemajuan dapat di kecapi. Allahuakbar !
ReplyDeleteKetua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK