PAS hanya teguh dengan dasar Islam yang didokong oleh para ulamak, professional dan aktivisnya. |
Islam
menjunjung tinggi keilmuan dan mengangkat martabat kedudukan orang-orang yang
berilmu. Setiap individu muslim yang telah memiliki ilmu yang luas, mantap lagi
sangat mendalam dalam sebarang cabang ilmu pengetahuan yang dituntut oleh Islam
untuk manusia mempelajarinya – secara umumnya – adalah ulamak.
Ir., Dr. atau
Tuan Guru, sebagai ulamak, kedalaman ilmu yang dimiliki mereka dalam apa juga
bidang, mestilah membawa mereka sampai kepada menyingkap hakikat sebenar
kebergantungan alam ini kepada Allah serta menyaksikan kebesaran dan kekuasaanNya,
dan mengakui kebenaran ketauhidan kepadaNya.
Keadaan
tersebut sehinggalah lahir dalam diri mereka perasaan bimbang berlaku cuai dalam
memberikan hak pengagungan terhadap Allah s.w.t., perasaan takut daripada
melakukan perkara-perkara yang mengundang murka Allah s.w.t., lantas mereka berjuang
mempertahankan turath para Nabi dan Rasul a.s serta kemutlakan pengabdian dan
kepatuhan yang menyeluruh terhadap suruhan-suruhan Allah s.w.t.
Oleh itu adalah
tidak munasabah berlaku pertembungan dalam kalangan Ir., Dr., dan Tuan Guru, sedangkan
semuanya saling meneguhkan ajaran-ajaran Islam dan saling pula mempertahankannya.
Jika masih wujud pertembungan, ia bukanlah pertembungan antara golongan yang
telah diberikan ilmu oleh Allah s.w.t., tetapi ia adalah pertembungan antara
Islam yang diperjuangan oleh para ulamak – sama ada dengan pengertian umum atau
khusus – dan kesesatan pelbagai ideologi yang didokong oleh para intelektual
dan ahli akademik berjalur sekular dan liberal.
Di sepanjang
zaman, tidak pernah sunyi daripada penyelewengan ilmu dan penghinaan terhadap
para ulamak. Disamping menentang kezaliman para pemerintah, para Nabi dan Rasul
juga telah berhadapan dengan ahli kitab di zaman mereka. Di zaman ini juga,
para ulamak tidak terlepas dari cercaan dan tuduhan bahawa mereka jumud, tidak
memiliki keluasan ilmu dan bodoh membicarakan soal sosial kemasyarakatan dan
kenegaraan.
Namun, adalah
menjadi tugas para ulamak – Ir., Dr. dan Tuan Guru – untuk terus merungkai
pelbagai penyelewengan ini daripada kehidupan manusia supaya kembali kepada
ketulenan Islam yang sebenar.
Di kala
manusia yang berkehendakkan dunia dalam kehidupannya berharap untuk memiliki apa
yang dimilki oleh musuh-musuh Allah, para ulamak tetap berharap hanya pada
ganjaran daripada Allah s.w.t. – mereka beriman, beramal soleh dan tetap sabar
bagi mendapatkannya.
Wallahua’lam.
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
ReplyDelete