Politik Islam
atau siyasah syar’iyyah adalah ilmu dan kemahiran yang terkandung di dalamnya
disiplin, prinsip dan pelaksanaan yang tidak menyalahi teks al-Quran, sunnah,
ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya bagi menjaga urusan umat
manusia.
Tujuannya
adalah untuk menegakkan agama dan merealisasikan perhambaan kepada Allah s.w.t.,
menegakkan keadilan, serta memperbaiki keadaan manusia. Dengan demikian, akan
terangkatlah keburukan, tersebarlah kebaikan dan menjadi eloklah perangai
manusia. Demikianlah Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam.
Islam yang
menjadi anutan diri dan yang disampaikan kepada seluruh manusia lain mestilah
Islam yang sebenar yang bersifat dengan kesyumulan yang mengandungi ibadah, munakahat, muamalat dan
jinayah, bukannya Islam yang terpisah antara agama dan negara, dakwah dan
siyasah.
Ajaran Islam
yang berkait dengan peribadi diri sendiri sehinggalah hal-hal yang berkaitan dengan
negara dan pemerintahan mestilah diperjelas secara terang kepada kumpulan sasar
sehingga mereka faham dan yakin, dan akhirnya menerima Islam sebagai sebuah sistem yang
mengatur kehidupan mereka.
Tidak
seharusnya atas nama hikmah dalam berdakwah dan kebijaksanaan dalam berpolitik
menenggelamkan nilai-nilai kesyumulan Islam sehingga mengundang salah faham dan
kekeliruan dalam kalangan kumpulan sasar. Ketegasan pada prinsip bukan bermakna
menafikan toleransi atau tidak meraikan realiti, tetapi ia adalah sebuah sifat
mulia yang mesti dimiliki oleh setiap orang Islam yang beriman.
Oleh itu, mewakili Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), suka
untuk saya sampaikan pesanan dan turut memperingatkan kepada seluruh
calon-calon PAS khususnya dan calon-calon muslim yang lain supaya senantiasa konsisten bicara soal Islam dan bijak
menterjemahkan politik Islam khususnya sepanjang tempoh berkempen ini dan
sekiranya diberi amanah kepimpinan kelak, terus istiqamah dengan Islam.
Tawarlah ISLAM
kepada para pengundi mendahului tawaran manifesto dan kupasan isu-isu semasa
kerana Islam adalah rahmat Allah untuk sekalian alam, adapun manifesto dan
isu-isu semasa bergantung kepada selera duniawi manusia yang berubah-ubah dan
kebijaksanaan akal manusia yang terbatas.
Wallahua’lam.
kalau dah tak boleh sabar sangat...mindset tak ada strategi....lain kali aje lah
ReplyDeleteUT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
ReplyDelete9158多人视频聊天室 , 我秀视频聊天 , 我秀在线演艺 , 六间房视频聊天室 , 台湾辣妹视讯网 , 线上人间视讯 , 台湾线上人间 , 线上人间聊天室 , 可乐视频聊天社区 , 免费视频聊天
ReplyDelete