Ringkasnya, kesepakatan itu adalah berkenaan [1] bantahan terhadap konspirasi calon tajaan, [2] penafian penglibatan dengan amalan budaya politik kotor dan [3] seruan kepada pengundi untuk memilih calon yang tepat.
Apa yang
pasti, kesepakatan antara WUFI dengan PKPIM, MC, KARISMA dan GAMIS ini akan menyebabkan kumpulan Pro-Aspirasi a.k.a
Pro-Universiti dan calon-calon tajaan mereka, berserta juga pihak berkenaan
yang terlibat secara langsung dengan penajaan calon ini, tidak akan duduk
senang dan akan semakin gelisah. MUNGKIN sebaran fitnah terhadap
calon-calon WUFI akan lebih giat dilancarkan selepas dari ini.
Kesepakatan
yang berjaya WUFI turut serta ini bukan sahaja telah membuktikan keabsahan integriti politik WUFI dan kredibiliti
calon-calonya, bahkan sekaligus menafikan wawasan politik Pro-Aspirasi
a.k.a Pro-Universiti dan kelayakan calon-calon tajaan mereka untuk diangkat
sebagai wakil pelajar. “CHECKMATE!”
Ayuh mahasiswa! Kita turun mengundi – tolak Aspirasi, undi WUFI.
Berikut
adalah kenyataan penuh “Tolak Pencabulan Demokrasi Kampus”.
______
KENYATAAN MEDIA
TOLAK
PENCABULAN DEMOKRASI KAMPUS
Kami,
mewakili;
Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Gabungan
Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Kelab Rakan
Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Ma’ruf Club
UIAM (MC)
We Unite For
Islam (WUFI)
Dengan ini
menyatakan sokongan terhadap pendirian dan tindakan para mahasiswa di seluruh
Malaysia yang menuntut proses pemilihan perwakilan pelajar atau Pilihanraya
Kampus (PRK) yang telus dan bersih sempena PRK yang bakal berlangsung di
kebanyakan universiti di seluruh Malaysia pada 25 September ini.
PRK adalah
merupakan suatu wahana kemasyarakatan dalam konteks alam kampus yang bertujuan
untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan berperanan sebagai
anggota masyarakat yang bertanggungjawan dengan menunaikan amanah melantik
kepimpinan melalui proses demokrasi.
Justeru, kami
menolak segala bentuk perancangan,
tindakan dan percubaan oleh sama ada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
mahupun pihak universiti dalam usaha
memenangkan calon pilihan universiti atau ‘Pro-Universiti’.
Perbuatan ini seumpama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya
bersikap adil dalam mengendalikan pilihanraya dan memberi kebebasan hak kepada
pengundi untuk menentukan pilihan mereka, TETAPI mereka telah merancang suatu
usaha untuk memenangkan calon tertentu.
Sekiranya
pihak berkenaan telah merancang untuk memenangkan calon tajaan pilihan
pihak-pihak tertentu dengan pelbagai bantuan dan pendanaan (sponsorship), maka apalah ertinya dan
perlunya sebuah pilihanraya diadakan? Campurtangan seperti ini adalah merupakan
suatu perbuatan yang biadap dan terkutuk.
Segala
tindakan songsang yang mencabuli prinsip-prinsip asas demokrasi dalam PRK
adalah pencabulan terhadap hak mahasiswa dan penghinaan terhadap universiti.
Malah, kami berpendapat, 'pencabul' itu
juga merupakan penderhaka terhadap negara dan bangsa yang kita cintai dan
adalah wajar mereka segera BERTAUBAT dan BERUNDUR daripada terus memegang
posisi penting dalam kementerian atau universiti.
Oleh yang
demikian, kami menyeru kepada para mahasiswa untuk memilih calon-calon yang
berkelayakan untuk dijadikan pemimpin di kampus masing-masing. Pemimpin
mahasiswa adalah individu-individu yang mampu berdikari, berpegang kepada
prinsip, jujur, amanah dan berpekerti mulia. Calon-calon yang mesti dipilih adalah calon-calon yang bukan sahaja
mempunyai KEMAMPUAN untuk menunaikan manifesto yang diumumkan, tetapi juga
mestilah yang mampu menjadi USWAH dan
QUDWAH kepada warga universiti.
Kami juga
ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak pernah atau akan bersekongkol dengan
mana-mana pihak yang mengkhianati prinsip-prinsip asas demokrasi dalam PRK kali
ini. Kami juga tidak bersubahat dengan
sebarang perbuatan fitnah, kata-kata kesat, adu domba, ugut atau memangsakan lawan
politik mana-mana pihak yang boleh menjejaskan keharmonian hidup
berkomuniti dalam kampus.
Justeru, kami
menyeru dan menyarankan supaya kesedaran tentang kepentingan berlaku jujur dan berprinsip
terus disuburkan dalam arena politik. Pendidikan dan pembudayaan politik yang
sihat adalah sangat penting demi memastikan para mahasiswa lebih matang dan
dapat memimpin negara pada masa hadapan secara berprinsip dan berintegriti.
Sekian.
Terima kasih.
23 SEPTEMBER 2012