Golongan terpelajar dengan title “MAHASISWA” adalah merupakan aset
terpenting negara dan bangsa. PERTAMA,
kerana populasinya mencecah 45% daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia. KEDUA, kerana golongan ini adalah
generasi pewaris yang bakal menerajui negara dan menentukan hala tuju serta
tahap yang akan dicapai oleh negara. KETIGA,
kerana nilai berilmu pengetahuan yang dapat memberi input berharga kepada
pembangunan negara dan bangsa.
Kerana tiga (3) ‘KERANA’ ini, golongan
mahasiswa seharusnya dibentuk dan dididik menjadi sebuah generasi yang
berkepemimpinan, bertanggungjawab, amanah, berani
memperjuangkan hak mereka dan berani bersuara menentang ketidakadilan yang
berlaku keatas bangsa mereka.
Nilai berjati
diri, dinamik dan unggul ini sudah pasti tidak mampu dibentuk jika hanya dengan
kurikulum dan kokurikulum akademik semata. Pembentukan characteristics ini perlu lahir
daripada pengalaman dan penghayatan terhadap proses kehidupan sebenar (the real life) yang dipandu dengan dasar kebenaran (al-haq), keadilan (al-‘adl) dan kebebasan (al-hurriyyah).
Penglibatan mahasiswa dalam Pilihanraya Kampus
(PRK) – samada sebagai pengundi ataupun calon – sekurang-kurangnya menjadi
cerminan kepada prestasi nilai-nilai tersebut. Ini kerana, partisipasi dalam proses tersebut adalah manifestasi dari kesedaran dan
kefahaman terhadap hak dan tanggungjawab sebagai anggota dalam sebuah
masyarakat kampus. Menafikan peranan diri dalam proses tersebut adalah
suatu sikap meruntuh kecemerlangan masa depan.
Hakikatnya, peratusan keluar mengundi yang hanya
sekitar 45-65% sahaja di seluruh kampus di Malaysia adalah sangat
memBIMBANGkan. Sedangkan negara
memerlukan tenaga dan daya kepimpinan baru untuk menggantikan kepimpinan sedia
ada. Sepatutnya PRK dimanfaatkan sebaiknya untuk mengasah bakat serta
menonjolkan sifat kepemimpinan dalam diri mahasiswa sekaligus dapat melahirkan
mahasiswa yang matang, pro-demokrasi dan berdaya saing dalam menjana suasana
politik yang positif pada hari mendatang.
TETAPI proses ini
mestilah berlangsung secara bebas, bersih, adil dan sistematik. Tarikh PRK perlu
dijadualkan dalam kalendar akademik, mahasiswa mesti diberi ruang menganggotai Election Committee, badan pemantau bebas
perlu dilantik, kaedah pengundian mesti yang tidak boleh dimanipulasi dan boleh
dinilai semula, kebebasan menggunakan media dan tempoh yang cukup untuk
berkempen, dan disediakan peruntukkan dana kepada calon bagi membiayai proses
pemilihan dan bagi menjayakan manifesto. Jika
proses ini dicabul, generasi yang akan lahir adalah generasi bacul.
Sebagai
contoh, masih ADA LAGIKAH (?) mahasiswa
yang berani bersuara dan bertindak mempertahankan hak mereka apabila kebenaran menggunakan Main
Audi untuk K-Fiqh Politik Islam Semasa yang sepatutnya berlangsung pada 15
September 2012 ini diBATALkan. Mengharapakan pencerahan daripada para sarjana,
tetapi dikhianati oleh sang durjana. CELAKA! Apa kita buat?
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK