Pages

Ads 468x60px

Friday, June 24, 2011

DTE V1.0


[1]
1001 pengalaman yang sangat bermakna sepanjang menyertai DTE tempoh hari. Suatu akademik untuk pendakwah yang sangat praktikal. Bukan sahaja soal menunaikan kewajipan, lebih daripada itu suatu latihan untuk melengkapkan diri bagi menyempurnakan sebuah tanggungjawab yang sangat penting.


Berarak menuju ke Pasar Malam

[2] Walaupun dengan harapan dapat mengumpulkan 300 orang petugas untuk menjayakan misi ini, kurang lebih 200 orang yang hadir itu sudah cukup untuk menggerakkan misi ini sehingga ke akhirnya. Dengan izin Allah, mudah-mudahan mesej yang disebarkan, sampai kepada semua. Kita harapkan, akan berlaku suatu perubahan pada masa akan datang.


Presiden Enginius menyampaikan ucapan penutup sesi petang

[3] Ada yang merungut mengatakan bahawa sekadar edar risalah sebegitu tidak akan dapat untuk mengubah apa-apa keadaan pun. Saya tidak nafikan hal itu, ada betulnya juga. Namun, ada baiknya saya jelaskan tujuan-tujuan DTE V1.0 ini diadakan, supaya semua dikalangan kita faham mengapa ia dilancarkan.
(I) Untuk menyedarkan semua pihak, situasi terkini dan sebenar tentang Islamic Environment / Biah Solehah di UIAM.

(II)
Untuk melontarkan lima isu penting berkenaan Islamic Environment / Biah Solehah kepada semua pihak untuk diberi perhatian serius iaitu :
  1. Meninggalkan Solat
  2. Couple
  3. Pergaulan (Muamalah) Antara Lelaki dan Perempuan
  4. Pendedahan Aurat
  5. Kecurian dan Vandalism
(III) Untuk menyemai rasa tanggungjawab kepada semua pihak terhadap tugasan dan kewajipan melaksana amar ma’ruf nahi munkar.
Commander DTE V1.0 memberikan taklimat

[4] Saya yakin dan percaya, daripada usaha yang dilakukan tempoh hari, akan ada benih-benih yang terpilih akan bertunas dan tumbuh sebagai pohon yang subur dan merendang, lalu memayungi umat manusia dengan kebaikan dan keindahan Islam.

Menyantuni ahli sukan

[5] Alhamdulillah, program ini berakhir dengan para peserta membuat satu resolusi sebulat suara seperti berikut dan beberapa cadangan tambahan.
Menubuhkan suatu jawatankuasa bersama melibatkan pelbagai pihak (SRC, KBS, DBS, MRC) untuk mengemukakan cadangan-cadangan pencegahan dan penguatkuasaan kepada pihak pentadbiran universiti, bagi menyuburkan Islamic Environment / Biah Solehah di UIAM.

Cadangan-cadangan tambahan :
  1. Mengadakan DTE secara berkala.
  2. Mengadakan zon angkat.
  3. Edaran risalah diadakan secara konsisten.

VP SRC menyampaikan ucapan pembukaan

[6]
Terima kasih kepada semua - Pihak Pentadbiran, Keselamatan, SRC, DBS, KBS dan semua yang hadir tanpa mewakili mana-mana entiti. Allah pasti akan mengurniakan kepada kalian ganjaran yang terbaik disisiNya. InsyaAllah, kebersamaan dan kesungguhan ini kita akan teruskan pada masa-masa akan datang demi benar-benar menjadikan UIAM sebagai “The Garden of Knowledge and Virtue”.

Dr. Uzaimah Ibrahim sedang menyampaikan ucapan perasmian

[7] InsyaAllah akan datang, DTE V2.0 dengan tema “We Love IIUM”.

Wallahua’lam.

EIKHWAN ALI
Presiden Ma’ruf Club

Wednesday, June 22, 2011

MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA "Selamatkan Ummah"


Tugas amar ma'ruf nahi munkar menjadi keWAJIBan bagi setiap muslim. Menunaikannya, diberi pahala di sisi Allah s.w.t. dan meninggalkannya pula adalah suatu dosa. Pentingnya tugasan ini, sehingga diWAJIBkan juga bagi orang yang melakukan maksiat, mencegah kemunkaran yang berlaku dan menyuruh manusia lainnya melakukan kebaikan WALAUPUN dirinya juga melakukan kemunkaran tersebut.

MAKA, saya mengemukakan SERUAN-SERUAN berikut kepada SEMUA pihak :

  1. Tingkatkan kesedaran di kalangan ahli (club / society) dan masyarakat awam tentang kepentingan melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar melalui medium dan method yang pelbagai.
  2. Pergiatkan promosi dan pelaksanaan program-program dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar. Pendekatan kreatif bersesuaian dengan kumpulan sasaran perlu ditingkatkan.
  3. Perkukuhkan kerjasama dan nilai bantu-membantu dikalangan pelbagai pihak dalam lapangan dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar.
  4. Meng’islah’kan diri, pada masa yang sama menyeru manusia lainnya kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemunkaran.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. menurunkan rahmat dan pertolonganNya kepada mereka yang ikhlas dan bersungguh dengan tugasan dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar ini, lalu menyelamatkan masyarakat seluruhnya dengan kebaikan dan keindahan Islam.

Marilah kita semua menunaikan amanah ini secara bersama, bergandingan bahu menyelamatkan ummah.

Wallahua’lam.

EIKHWAN ALI
Presiden Ma’ruf Club

Monday, June 13, 2011

MELAYU BANGSA TERMULIA


[1] Malaysia sebuah negara yang tersangat unik. Pelbagai bangsa dan agama yang wujud di benua Asia, terhimpun dalam tanah air yang tercinta ini. Ia menepati citra yang difirmankan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran, dan hakikat kepelbagaian ini juga harus difahami sebagaimana apa yang dititahkan olehNya di dalam ayat tersebut.
“Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Surah al-Hujurat : 13)

[2] Kepelbagaian suku bangsa ini, dititahkan oleh Allah s.w.t. supaya saling berkenalan, memahami dan menghormati, bekerjasama dan menghulurkan bantuan diantara satu sama lain. Masing-masing mesti diberikan hak dan wajib melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

[3] Fitrah kewujudan pelbagai suku bangsa ini diiktiraf oleh Islam dengan tidak ada suatu suku bangsa pun yang terlebih mulia berbanding suku bangsa yang lain. Mulianya suatu bangsa di sisi Allah s.w.t. adalah dengan nilaian taqwa. Manusia yang bertaqwa, tidak kira sama ada Melayu-kah dia atau Cina-kah dia atau India-kah dia, maka dialah yang mulia di sisi Allah s.w.t. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di sisiNya.

[4] Maka, jika Melayu mahu menjadi bangsa termulia, Melayu mesti menjadi bangsa yang bertaqwa. Bangsa yang melaksanakan titah perintahNya, bangsa yang meninggalkan laranganNya dan bangsa yang gerun mengundang murkaNya.

Wallahua’lam.