Pages

Ads 468x60px

Monday, June 13, 2011

MELAYU BANGSA TERMULIA


[1] Malaysia sebuah negara yang tersangat unik. Pelbagai bangsa dan agama yang wujud di benua Asia, terhimpun dalam tanah air yang tercinta ini. Ia menepati citra yang difirmankan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran, dan hakikat kepelbagaian ini juga harus difahami sebagaimana apa yang dititahkan olehNya di dalam ayat tersebut.
“Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Surah al-Hujurat : 13)

[2] Kepelbagaian suku bangsa ini, dititahkan oleh Allah s.w.t. supaya saling berkenalan, memahami dan menghormati, bekerjasama dan menghulurkan bantuan diantara satu sama lain. Masing-masing mesti diberikan hak dan wajib melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

[3] Fitrah kewujudan pelbagai suku bangsa ini diiktiraf oleh Islam dengan tidak ada suatu suku bangsa pun yang terlebih mulia berbanding suku bangsa yang lain. Mulianya suatu bangsa di sisi Allah s.w.t. adalah dengan nilaian taqwa. Manusia yang bertaqwa, tidak kira sama ada Melayu-kah dia atau Cina-kah dia atau India-kah dia, maka dialah yang mulia di sisi Allah s.w.t. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di sisiNya.

[4] Maka, jika Melayu mahu menjadi bangsa termulia, Melayu mesti menjadi bangsa yang bertaqwa. Bangsa yang melaksanakan titah perintahNya, bangsa yang meninggalkan laranganNya dan bangsa yang gerun mengundang murkaNya.

Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment

Apa Pandangan Anda?