Pages

Ads 468x60px

Saturday, July 30, 2011

PERUTUSAN RAMADAN 1432H


Sesungguhnya ketibaan Ramadan mengembirakan seluruh umat Islam yang beriman, sehinggakan dua bulan (Rejab dan Sya’ban) yang mendahuluinya, diisi dengan pelbagai persiapan dan amalan. Doa supaya Allah s.w.t. memberkatinya di bulan Rejab dan Sya’ban dan diberi peluang untuk berkesempatan dengan Ramadan, berterusan dibaca usai mengerjakan solat. Mudah-mudahan Allah s.w.t. memakbulkan doa kita semua, InsyaAllah.

Orang Islam yang istiqamah mencari keredhaan Allah, pasti akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini, akan dipastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan. Ramadan dijadikan peluang keemasan untuk benar-benar takutkan Allah dan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah s.w.t.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain, akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Semoga perubahan yang berlaku ini akan berkekalan sehingga selepas Ramadan, lalu bertambahlah manusia yang sihat akalnya, imannya dan perilakunya di muka bumi Allah s.w.t. ini.

Akhirnya, saya, selaku Presiden Ma’ruf Club, mewakili seluruh sof kepimpinan Ma’ruf Club, dengan ini mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam khusunya warga UIAM. Rebutlah kelebihan-kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan penuh rasa syukur dan pengharapan.

Wallahua’lam.

EIKHWAN ALI
Presiden Ma’ruf Club

0 comments:

Post a Comment

Apa Pandangan Anda?