Oleh : Ubaid Abd. Akla
Mari mulakan pembacaan nukilan ini dengan suatu
renungan daripada Allah s.w.t :
وَلاَ تَمْشِيْ فِي الأَرْضِ مَرَحًا
Dalam ayat ini jelas isyarat daripada Allah s.w.t
agar makhluk di atas muka bumi Allah supaya tidak bongkak atau tidak angkuh ketika
berjalan mahupun menjalani kehidupan di atas dunia yang sementara. Kaitan yang
sangat jelas boleh kita ambil sebagai seorang pendakwah agama Allah agar lebih
mesra dan tawaduk dalam konteks memenangi hati para mad’u. Para pendakwah bukan
sahaja perlu menunjukkan akhlak Islamiyyah yang baik seperti disarankan oleh
Rasulullah s.a.w bahkan perlu lebih daripada itu dengan approach ‘mesra’
dan ‘friendly’ kepada masyarakat hari ini.
Perkara sebegini kekadang sangat sukar
dilaksanakan oleh para pendakwah dengan didatangi pelbagai 1001 alasan yang
dicipta samada sengaja mahupun tidak. Namun, sifat seorang pendakwah tidak
boleh wujud ruang mencipta alasan kerana hadaf dalam lapangan dakwah ini
bukan semata-mata meluaskan agama Islam sahaja bahkan lebih besar daripada itu
iaitu menegakkan khilafah Islamiyyah pada suatu hari nanti.
Maka halatuju seorang pendakwah perlu tertumpu
dan fokus dengan hadaf yang jelas sebagaimana kehendak mad’u
semasa. Realiti kini, anak muda lebih banyak menghabiskan masa dengan
media-media baru seperti facebook, youtube, blog, dan lain-lain.
Golongan lebih berusia banyak menghabiskan masa selepas letih bekerja bersama
keluarga di rumah mahupun bersiar-siar untuk menghilang tekanan kerja dan
seumpamanya.
Oleh itu, pendekatan atau approach yang digunakan
perlu bersifat semasa dan memenuhi selera mad’u masa kini yang kian dahagakan
pengisian. Soal kemampuan kita tolak ketepi buat sementara tetapi soal mahu
perlu difikirkan. Adakah kita mahu berubah memenuhi citarasa masyarakat
sekarang?
Kita juga sedia maklum, pendekatan sedia ada
seperti sekarang bukanlah tidak relevan langsung seperti memberi risalah dengan
penuh artikel berat, gambar yang kurang jelas, karikatur kurang menarik,
berjumpa dan bercerita tentang topik yang ingin disampaikan. Namun, method
seperti ini semakin kurang popular untuk mendekati golongan sasar seperti
dinyatakan di atas. Perlunya islah dalam pendekatan / approach
sedia ada agar dakwah yang ingin disampai dapat diterjemahkan dalam erti kata
sebenar dengan meresapi para mad’u dalam bentuk amalan seharian.
Hari ini, rata-rata anak muda tahu kewajipan
solat, tetapi berapa ramai yang tunaikan solat? Ibu bapa juga tahu hubungan
antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin tidak elok dan dilarang dalam
Islam tetapi makin ramai ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka berpacaran
tanpa ditemani muhrim. Maka kita dapat lihat, dakwah yang selama ini berjaya
disampaikan, namun tidak dapat diresapi dan dijiwai dengan baik oleh golongan
mad’u dalam bentuk tindakan.
Oleh itu, secara ringkasnya dapat disimpulkan 2
perkara yang perlu diperhalusi oleh golongan pendakwah:
- Gerak kerja dakwah melalui media baru mesti diperhebat. Tidak lagi timbul soal tidak tahu/tidak pandai dalam penggunaan teknologi kini kerana itu akan mewujudkan alasan seperti dinyatakan seperti diatas. Method ini sangat sesuai diaplikasi untuk generasi muda agar dakwah yang ingin disampaikan lebih segar dan aternatif kepada method yang sedia ada sekarang. Cuma, para pendakwah perlu dan mesti melengkapkan diri dengan tools media baru agar tidak ketinggalan dalam arus masakini.
- Dakwah turun ke lapangan secara efektif. Ini bermaksud para pendakwah bukan sekadar hanya berjumpa masyarakat dengan bercerita dan menyampaikan sesuatu topik sahaja tetapi perlu approach berbeza iaitu lebih mesra dan merakyat. Mesra dan merakyat boleh difahami disini ialah dakwah yang mahu disampaikan bersifat menjiwai golongan sasar seperti contoh jika bertemu dengan orang Bandar, mungkin penyampaian bahasa yang tersusun, berpakaian kemas, topik yang teratur dan ringkas. In fact, ada yang sanggup bayar untuk mendengar apa yang ingin kita katakan! Bagi golongan luar Bandar seperti di kampung-kampung, pendekatan bersahaja, sederhana dan ramah amat diperlukan untuk memastikan mesej sampai kepada golongan sasar. Jiwa pendakwah juga perlu bersama-sama mereka dalam apa jua aktiviti seperti solat berjemaah, gotong-royong, kelas fardhu ain dan lain-lain sebagai qudwah untuk diteladani mereka walaupun ruang masa yang ada terhad.
Kesannya, kita akan dapat lihat hala tuju dakwah akan lebih terpandu
dan memenuhi citarasa masyarakat semasa tanpa dikesampingkan hadaf dan
mesej yang ingin disampaikan kepada golongan sasar.
UBAID ABD. AKLA
Penulis dilahirkan di Pulau
Pinang. Beliau adalah graduan Ijazah Sarjana Muda lepasan UIAM, Gombak (2007-2011). Kini beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pemasaran di Alkhidmah Salam Resources. No. Tel : 013
3575978 Blog : http://ubaidakla.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment
Apa Pandangan Anda?