Saya pada awalnya tidak bercadang untuk turut berpartisipasi
dalam memberi respon berkenaan isu ini memandangkan ia telah pun 'berusia' 31
tahun apatah lagi pada tahun 1981 itu saya belum pun dilahirkan lagi dan saya
juga tidak pun berkesempatan dengan fenomena seperti apa yang diceritakan oleh
orang-orang lama seperti sembahyang dua imam, majlis akad nikah dua kali atau
memulau majlis kenduri perkahwinan atau tahlil kematian.
Pelik sungguh apabila isu ini dibangkitkan semula setelah
Malaysia bertukar-ganti 2 orang Perdana Menteri, 8 orang Yang Di-Pertuan Agong,
5 orang Ketua Polis Negara, 5 orang Pengerusi Jawatankuasa Fatwa dan 10 orang Ketua
Hakim Negara. Sepatutnya, sudah pasti isu ini telah 'selesai' setelah berlalu
pelbagai peristiwa sementelah lagi setelah pembatalan muzakarah yang sepatutnya
diadakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dulu.
Jika benar sesat amanat itu, bodoh benarlah orang-orang agama
kerajaan sehingga perlu memakan masa 31 tahun untuk mendakwa sesatnya amanat
itu, belum lagi membuktikannya. Lebih logik ialah, bukan amanat itu yang sesat,
dan tidak menyesatkan pun, sebaliknya UMNO yang sedang memperalat. Ulama',
media dan institusi awam diperalat untuk memastikan UMNO boleh terus berehat,
sebab UMNO kini sedang tenat.
UMNO menghangat isu ini dengan harapan berjaya
memperdaya belia seusia saya yang merupakan 'new voters' dan dengan
tujuan menghilangkan kepercayaan dan keyakinan pengundi Melayu-Islam terhadap
kewibawaan sebuah parti Islam dan seorang ulama' negarawan yang dilihat semakin
terkehadapan dan berjaya meraih sokongan bukan sahaja daripada orang-orang
Islam bahkan juga daripada bukan Islam. Ini kerana, undi pengundi baru dan
Melayu-Islam adalah penting bagi UMNO untuk ia terus mandiri dengan
kekuasaannya yang sudah berumur lebih 50 tahun itu.
Sungguh-sungguh UMNO ‘manfaatkan’ apa yang ia miliki untuk
matikan karakter TG Hj. Abdul Hadi Awang setelah gagal berkali-kali dalam
cubaan memecahkan muafakat Pakatan Rakyat. TG Hj. Abdul Hadi Awang didesak
bertubi-tubi supaya memohon maaf kepada umat Melayu dan menarik semula
kenyataannya yang telah pun berusia hampir separuh umur beliau.
Nah! Tiba-tiba ulama’ ini hanya minta 1 jam siaran langsung
daripada RTM dan TV3 untuk membuat penjelasan dan kemudian menyerahkannya
kepada rakyat untuk membuat penilaian. Dibandingkan dengan serangan yang
menelan minggu dan puluhan tulisan yang menyerang beliau, 1 jam ini permintaan
yang kecil sangat, mudah dan padan sangat jika hendak ditunaikan. Tetapi,
jawapan Menteri, “...boleh sahaja
kita rakam. Kalau sesuai baru kita siar." PONDAN sungguh politik UMNO.
Mula-mula bersungguh-sungguh ajak bertumbuk, bila lawan dah setuju dan nyatakan
lokasi, tiba-tiba kecut perut pula. PONDAN!
Saya kira
sudah-sudahlah isu ini terus dipolemikkan. Generasi baru Malaysia mahukan
politik yang ‘constructive’, bukannya ‘provokatif’ dan ‘destructive’.
Generasi baru Malaysia juga tidak mahukan politik PONDAN, diajak berdebat, “bukan
budaya kita”, diminta siaran langsung, “kalau sesuai kita siarlah”, akhirnya,
politik samseng dan fitnah juga jadi pilihan. MALAYSIA TANPA UMNO.