Pages

Ads 468x60px

Thursday, October 28, 2010

PESAN PADA DIRI :
Berhati-hati dengan kelebihan diri.
Sesungguhnya ia adalah kurniaan Ilahi.
Untuk berbuat bakti bukan berbagga diri.
Jangan tidak mencurah bakti, jangan tidak berbuat budi.
Ikhlas beramali, kerja dicermati. Hanya harap redha Rabb al-Jalil.

Wednesday, October 27, 2010

BUDI SEORANG GURU

‘Thank you for giving me a change to learn from you’. Tersentak aku mendengar kata-kata ini yang dilafazkannya di penghujung sesi pembelajaran petang semalam.
Aku selaku pelajarlah yang sepatutnya melantunkan kata-kata itu kepadanya, namun sebaliknya berlaku. Sudahlah jasanya tidak mampu dibalas, apatah lagi budinya.
Allahurabbi... dosa yang ke sekian berapa kali telah aku ulangi di lapangan menuntut ilmu ini. Ya Allah, rahmatilah guruku ini, berkatilah ilmunya dan sekalian muridnya.

Saturday, October 23, 2010

9 JAHANAM - Anak Derhaka!
Ambillah Pengajaran Dari Kisah AlQamah

“Cis! Anak Celaka...” Itulah ungkapan yang layak kepada 9 beradik yang sanggup membuang sang ibu sendiri dek kerana dikatakan kuat makan – seperti yang disiar di akhbar baru-baru ini. Betapa gila dan menggilanya kegilaan yang melanda masyarakat kita. Begitulah kesannya apabila terpisah (memisahkan) iman daripada kehidupan. Bukankah diantara dosa yang tidak akan ditundakan pembalasannya bahkan disegerakan seksanya itu di dunia lagi ialah dosa penderhakaan terhadap ibu bapa? Bukankah derhaka kepada orang tua itu bererti menempah murka dari Allah?

AlQamah, seorang sahabat yang sangat wara’, kuat ibadah, banyak bersedekah dan berpuasa, dek kerana melebihkan isterinya berbanding ibunya, sehingga ibunya terkilan dan berasa hati, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid / syahadah ketika sedang diambang sakratul maut, bahkan diancam bakar mayatnya oleh Rasulullah s.a.w. Penyayangnya seorang ibu, kasihnya seorang bonda terhadap anaknya, segera mengampunkan anaknya. Lalu dengan izin Allah, AlQamah mengkhiri kehidupannya dengan lafaz tauhid.


Sabda Nabi s.a.w., maksudnya :
“Redha Allah pada redha kedua Ibubapa”

Sentiasalah berdoa untuk kedua-dua ibubapa kita :

“Ya Allah, ampunilah bagiku akan dosa-dosaku dan juga dosa kedua-dua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil”

Friday, October 22, 2010

PESAN PADA DIRI :
Malu itu indah, malu itu fitrah. Janganlah menjadi orang yang tidak tahu malu langsung. Bergaul sebebas-bebasnya antara lelaki dan perempuan itu bukanlah sepatutnya akhlak bagi seorang muslim. Berpada-padalah, jagalah iman diri dan salinglah nasihat-menasihati.

Wednesday, October 20, 2010

EXPRESSIVE CORNER

Langkah memanfaatkan Expressive Corner yang dimulakan oleh SRC-IIUM semalam harus dipuji. Sudut ini yang lebih dikenali di kampus-kampus lain dengan jolokan ‘speaker corner’ atau ‘sudut pidato’ sudah pasti mempunyai obejektifnya yang tersendiri yang perlu dicapai iaitu bagi melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti berpidato dan berfikir kritis. Kewujudannya bukanlah sekadar sebagai sudut pertandingan. Namun, pertandingan semalam adalah usaha pertama ke arah mencapai matlamat kewujudannya. Syabas dan tahniah kepada SRC-IIUM.

Cadangan :
Sudut ini tidak sahaja dimanfaatkan dalam siri-siri pertandingan bahkan mestilah dijadikan proses pemupukan budaya ilmu yang berterusan dan pembinaan karakter kepimpinan yang berkeyakinan. Di sudut ini juga sepatutnya berkembang dakwah. Bukan sahaja mahasiswa, para pensyarah juga harus mengambil bahagian. Pilihanraya Kampus (Campus Election) akan datang harus menjadikan sudut ini sebagai suatu platform yang menyerlahkan idealisma kepimpinan mahasiswa. Calon-calon yang bertanding perlu ‘dijemput’ atau ‘tidak malu’ untuk ke sudut ini. Mahasiswa akan tentukan.

Tuesday, October 19, 2010

MALAM MUNAJAT DAN MAHABBAH ANAK TERENGGANU UIAM
Anjuran : Biro Dakwah dan Tarbiyyah, PERMATA-UIAM