Pages

Ads 468x60px

Saturday, October 23, 2010

9 JAHANAM - Anak Derhaka!
Ambillah Pengajaran Dari Kisah AlQamah

“Cis! Anak Celaka...” Itulah ungkapan yang layak kepada 9 beradik yang sanggup membuang sang ibu sendiri dek kerana dikatakan kuat makan – seperti yang disiar di akhbar baru-baru ini. Betapa gila dan menggilanya kegilaan yang melanda masyarakat kita. Begitulah kesannya apabila terpisah (memisahkan) iman daripada kehidupan. Bukankah diantara dosa yang tidak akan ditundakan pembalasannya bahkan disegerakan seksanya itu di dunia lagi ialah dosa penderhakaan terhadap ibu bapa? Bukankah derhaka kepada orang tua itu bererti menempah murka dari Allah?

AlQamah, seorang sahabat yang sangat wara’, kuat ibadah, banyak bersedekah dan berpuasa, dek kerana melebihkan isterinya berbanding ibunya, sehingga ibunya terkilan dan berasa hati, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid / syahadah ketika sedang diambang sakratul maut, bahkan diancam bakar mayatnya oleh Rasulullah s.a.w. Penyayangnya seorang ibu, kasihnya seorang bonda terhadap anaknya, segera mengampunkan anaknya. Lalu dengan izin Allah, AlQamah mengkhiri kehidupannya dengan lafaz tauhid.


Sabda Nabi s.a.w., maksudnya :
“Redha Allah pada redha kedua Ibubapa”

Sentiasalah berdoa untuk kedua-dua ibubapa kita :

“Ya Allah, ampunilah bagiku akan dosa-dosaku dan juga dosa kedua-dua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil”

0 comments:

Post a Comment

Apa Pandangan Anda?