Pages

Ads 468x60px

Saturday, April 30, 2011

NOTA UNTUK DUTA


[1]
Ya! Untuk DUTA saya tujukan nota ini. Maksud saya (khususnya)
‘amilin MC dan (amnya) seluruh warga UIAM. Pulanglah - di musim cuti ini – sebagai DUTA, DUTA kepada Islam dan DUTA kepada the Garden of Knowledge and Virture – Gedung Ilmu dan Budi (UIAM).

[2] Walaupun agak lewat nota ini saya lontarkan, tidak bermakna tidak perlu lagi untuk saya kongsikan. Walaupun hanya sekadar sebuah NOTA (yang ringkas), saya harapkan kandungannya difahami dan tidak disia-siakan. INGAT! Kita adalah ‘AMILIN MC (dan MAHASISWA UIAM).

[3] Mengapa saya tulis nota ini? Kerana kerisauan dan kebimbangan terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini – budaya fitnah, gejala sosial, jenayah – yang seolah-olah tidak berpangkal hujung bahkan kelihatan semakin menyubur.

[4] TAPI...apa yang kita BUAT?

Persiapan DUTA

[5] Mengerjakan tugasan mestilah dengan cukup persiapan. Tanpa persiapan, gagal pekerjaan. Saya seru kepada para DUTA sekalian, marilah bersungguh dan istiqamah dengan beberapa persiapan berikut :

Persiapan Spiritual
  1. Baca dan Tadabbur al-Quran, Zikir
  2. Berpuasa Sunat (Isnin & Khamis)
  3. Qiyamullail

Persiapan Mental
  1. Mengukuhkan kefahaman asas Islam
  2. Menguasai isu semasa (background, current situation, exit-solution)

Persiapan Jasmani
  1. Riadhah / Bersukan
  2. Jaga Pemakanan

Peranan DUTA

[6] DUTA mesti berperanan dan bekerja (baca : buat kerja). Tidak cukup dengan sekadar ber’idea’ dan ber’slogan’ semata-mata, apatah lagi duduk diam seribu bahasa. Amanah kita berat, kerja kita banyak, masyarakat semakin tenat. Ingat! Kelak kita akan dipertanggungjawab di akhirat. Mari kita buat kerja :
  1. Menghadirkan diri ke masjid / surau – imarahkan dengan majlis ilmu, sentiasa solat berjamaah, imamkan solat, bergaul dengan masyarakat (orang kampung / taman kita).
  2. Bertindak sebagai ‘real media’ – berjumpa dengan akar umbi masyarakat, beri penerangan secara jelas terhadap sebarang isu menurut pandangan Islam. Manfaatkan juga media alternatif.
  3. Libatkan diri dengan organisasi / entiti yang memperjuangkan dan menggerakkan kebenaran demi menyelamatkan dan mengangkat kemuliaan masyarakat dengan Islam.

[7] Dengan lafaz bismillaahirrahmaanirrahim, saya selaku Presiden MC, meluncurkan ‘amilin MC ke tengah-tengah masyarakat dengan amanah menjalankan tugasan dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar. Bergeraklah dengan mengharapkan balasan Redha Allah.

Siiru ‘ala Barakatillah.

6 comments:

  1. Jazakallah atas peringatan. Moga kita bukan hanya gah di dunia kampus, kita juga tidak lesu di lapangan masyarakat.

    ~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

    ReplyDelete
  2. mungkin boleh buat tambahan,nak3 buat mereka yang tidak mengambi s.sem
    -memantapkan skill diri,contoh penulisan

    -berbakti dengan ibu bapa,contoh memasak(baik bro,baik sis,bro skrg pun dah kena pandai memasak)

    ReplyDelete
  3. terima kasih presiden atas peringatan ni...

    ReplyDelete
  4. bosan.... hipokrit je..

    ReplyDelete
  5. to Anonymous:
    Siapa kita nak menilai seseorang tu hipokrit atau tidak. Lebih baik jika ambil apa yang dikata, bukan siapa yang berkata. Mungkin saja saudara/i lebih hebat dari Tuan Presiden, namun tidak sepatutnya melabelkan ia sebagai 'hipokrit'. Kalau anda mengenali susuk tubuh ini dengan lebih mendalam, anda tidak akan berkata sedemikian. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

Apa Pandangan Anda?