Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengucapkan tahniah
dan syabas kepada sayap politik Ikhwan Muslimin, Freedom and Justice Party
(FJP) atas kemenangan dalam pusingan pertama Pilihanraya Dewan Rakyat Mesir.
Jumlah 36.6% yang diperoleh FJP daripada 9.7 juta undi yang sah,
diikuti oleh An-Nour Party sebanyak 24.4%, menunjukkan sokongan majoriti rakyat
mesir terhadap perjuangan kumpulan Islam untuk menegakkan Islam di negara
tersebut.
Tindakan rakyat Mesir ini adalah hasil daripada kesedaran dan semangat untuk menjaga dan memelihara
dasar-dasar Islam dan menyokong dasar Islam dalam perlembagaan Mesir seperti yang
dinyatakan dalam Article 2 (Constitutional Declaration 2011) "Islam
is the religion of the state, and the Arabic language is its official language.
The principles of Islamic law are the chief source of legislation."
Tahniah kepada
rakyat Mesir yang memberi penghormatan kepada perlembagaan negara untuk
menjunjung tinggi kemuliaan Islam. Doa kami, semoga Allah merahmati kalian.
PRU-13 : Perhatian untuk BN dan PR
Meneliti perkembangan politik Mesir dan dalam berhadapan dengan
PRU-13, GAMIS ingin menegaskan :
- Kesedaran rakyat bahawa kepimpinan negara mesti diterajui oleh pemimpin yang amanah dan dengan nilai kebebebasan dan keadilan, adalah menjadi asas kepada perubahan yang akan berlaku dalam masyarakat. Perubahan tidak akan berlaku tanpa kesedaran ini.
- Parti yang bertanding janganlah sesekali menjual prinsip perjuangan mereka demi mendapatkan restu dan kuasa yang singkat. Nilai amanah, adil dan benar adalah asas dan dasar yang harus dipertahankan. Bertindak ‘sesuka hati’ atas nama demokrasi dan kebebasan akan merosakkan masa depan agama, bangsa dan negara.
- Serangan pemikiran ke atas generasi muda, dengan menyebar-luaskan kefahaman hak individu sebagai satu yang ‘sacred’, tanpa adanya pengaruh agama di dalamnya, terus dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, generasi muda ini, harus dibangun dengan penguasaan ilmu dan kefahaman beragama, supaya lahir generasi muda yang mempunyai nilai jatidiri dan iman yang tinggi, bukannya dicandu dengan hiburan yang melalaikan dan gaya hidup yang merosakkan.
- Dakwah dan kebebasan untuk menyebarkan fikrah Islam adalah pra-syarat kepada kemenangan Islam. Kuasa semata-mata tanpa ada dokongan masyarakat dan ummah tidak akan membawa kuasa itu kemana-mana. Kerana itu, penguasaan ke atas jiwa dan minda masyarakat harus dilakukan dengan agenda dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar, bukannya atas nama ‘isu’ yang bersifat sementara.
Penutup
Kami mendoakan
semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kemenangan kepada FJP dalam Pilihanraya
Dewan Rakyat, Pilihanraya Dewan Negara dan Pilihanraya Presiden yang akan terus
berlangsung itu.
Kami juga mendoakan,
semoga Allah s.w.t. memberi kekuatan dan petunjuk kepada umat Islam di Mesir,
dan juga Malaysia, bagi mengharungi hari-hari penentu yang akan menyerlahkan
keamanan, kebebasan dan keadilan, yang didasari agama Islam.
Wallahua’lam.
Mohd Eikhwan bin
M. Ali
Naib Presiden
GAMIS
Teruskan menulis artikel2 yg menarik spt ini...
ReplyDelete