Pages

Ads 468x60px

Thursday, May 10, 2012

KENAPA NIK AZIZ ‘BAPA KAFIR’


Tidak susah untuk menjawab pertuduhan ‘Bapa Kafir’ oleh Tan Sri Rahim Noor (Rahim Noor) kepada Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat hafizhohullah (Nik Aziz). Sandaran pertuduhan yang dikemukakan itu adalah apabila YB Menteri Besar Kelantan itu menyokong dan menyeru rakyat ke BERSIH 3.0 kerana kata beliau, ia adalah tanggungjawab agama.

Barangkali sebenarnya, sebab-sebab yang saya kemukakan berikutlah membuatkan Rahim Noor tidak teragak-agak menggelarkan Nik Aziz sebagai ‘Bapa Kafir’.

Nik Aziz mengemukakan teori bahawa pembangunan Firaun – sama ada yang wujud di zaman Nabi Musa atau zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. – adalah sekadar berkisar dalam tempurung dunia semata-mata. Sedangkan pembangunan yang berteraskan Islam adalah pembangunan yang berwawasankan akhirat.

Maka, asas pembangunan yang digerakkan oleh Nik Aziz adalah pembangunan yang mengajurkan pembinaan hubungan yang harmoni antara individu dan pada masa yang sama, menggalakkan keharmonian antara masyarakat dan alam sekitar. Kerajaan yang dipimpin oleh beliau menyerah diri secara total kepada Allah, iaitu pemilik sebenar kekayaan dan semua sumber, kerana sedar bahawa manusia hanya pemegang amanah Allah di bumi ini. Dengan asas ini, Nik Aziz mentadbir Kelantan.

Economic Developement di Kelantan bukan semata-mata pada pertumbuhan fizikal ekonomi sahaja, tetapi juga mengambil kira kesejahteraan dimensi kemanusiaannya sebagai suatu yang sama pentingnya, kerana aspek kemanusiaan yang Islami inilah yang akan menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Nik Aziz memperkenalkan adab Islam dalam pentadbiran beliau, antaranya dengan mengamalkan membuka majlis dengan al-Fatihah dan mengakhirinya dengan Tasbih Kaffarah, mengasingkan dif-dif mengikut jantina, serta majlis atau jamuan rasmi diselaraskan mengikut waktu solat supaya dapat menjadikan semua aktiviti pentadbiran ini sebagai Ibadah yang berguna serta mendapat keberkatan daripda Allah s.w.t.

Pentadbiran beliau bersifat sederhana bersesuaian dengan konsep ketaqwaan dan mengamalkan jimat cermat bagi mengelakkan pembaziran. Beliau dan para exco tidak membeli kereta baru, pelbagai elaun dipotong dan menghidupkan budaya gotong-royong antara kerajaan dan rakyat untuk membangun negeri Kelantan, dan amalan berlumba-lumba menghabiskan peruntukan tahunan dihentikan.

Nik Aziz juga menghapuskan amalan pemberian hadiah kepada pegawai kerajaan dan memberi amaran keras akan memecat sesiapa sahaja kakitangannya yang terlibat dengan rasuah. Beliau juga melarang penggunaan jentera dan harta kerajaan negeri untuk kepentingan parti di dalam pilihanraya.

Hari Jumaat dan Sabtu diumum sebagai hari cuti mingguan, hari Jumaat untuk menuntut dan hari Sabtu sebagai hari keluarga. Maka lahirlah masyarakat yang berilmu dan masyarakat yang penyayang di negeri beliau.

Ekonomi yang dibangunkan dipastikan tanpa unsur riba, wang kerajaan dari bank-bank konvensional dipindahkan ke bank bebas riba, pinjaman tanpa riba diperkenalkan, gadaian konvensional yang berasakan riba juga ditamatkan serta ditubuhkan ar-Rahn (sistem gadaian Islam yang bebas riba) dan akaun berasingan untuk hasil dari sumber yang halal dan haram diasingkan.

Aktiviti kebudayaan dan hiburan yang bercanggah dengan Islam dan melalaikan diharamkan, penjualan arak diketatkan, minggu sembahyang diadakan, mempromosikan pelancongan agama dengan menjadikan tujuan industri pelancongan adalah untuk memerhati kebesaran Allah dan tanda-tanda keagunganNya melalui pemerhatian terhadap keindahan alam, perbezaan muka bumi dan kelainan budaya pelbagai bangsa.

Martabat wanita diangkat melalui kempen kesedaran menutup aurat, menyediakan kaunter berasingan untuk kaum wanita, menambah cuti bersalin dan mengharamkan iklan yang memaparkan wanita yang tidak menutup aurat.

Jawapannya, Nik Aziz ‘Bapa Kafir’ kerana semua dasar dan tindakan yang dilakukan oleh beliau adalah menyimpang dari fahaman Sekularisme serta merugikan juak-juak Kapitalis dan Sosialis.

Walaupun pada awalnya ramai yang sangsi dengan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau seorang ustaz yang dikatakan (kononnya) jahil pentadbiran dan anti pembangunan, namun hari ini beliau bukan sahaja dapat menjana pembangunan ekonomi dengan baik tetapi juga berjaya menghapuskan rasuah yang gagal dilakukan oleh mana-mana kerajaan lain di dunia ini.

Semoga Allah sentiasa menolong dan merahmati Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat hafizhohullah, ulamak kekasih Allah dan pewaris para Nabi, pemimpin yang mahu menyelamatkan rakyatnya dari kemiskinan redha Allah, ekonomis yang pragmatik dari segi penggubalan dasar belanjawan dan pembangunan negeri, dan murabbi ummah yang siang malamnya bekerja untuk memartabatkan Islam dan umat Islam.

Wallahua’lam.

5 comments:

  1. Ulama pewaris Nabi..Pelawak2 yg mengatakan itu sebenarkan bagai badut..Tiada iman dan taqwa dalam diri..

    ReplyDelete
  2. saya tidak berniat jahat, hanya ingin bertanya. jadi harap maafkan sekiranya soalan saya ini kedengaran kasar.

    soalan saya: bagaimana dengan pertuduhan yg mengatakan duit kerajaan kelantan tidak sampai ke penduduknya? maksud saya disini, memanglah kerajaan kelantan menetapkan yg pembangunan ekonomi bukan sekadar kesenangan semata mata sebaliknya melibatkan pembangunan akhlak juga, tetapi jika keperluan asas pun tidak cukup, adakah itu satu pembangunan. maaf, saya tidak bermaksud smua rakyat kelantan, tapi sebahagian besar mereka masih lagi hidup serba kekurangan. memang banyak sekolah baru dibina, tapi ramai juga yg bekalan airnya tidak lancar. malah negeri kelantan juga diletakkan sebagai satu negeri yg paling kurang membangun.

    bolehkah kiranya sesiapa menjawab persoalan saya (kalau anda memahami apa yang saya katakan). maaf, saya sudah lama tidak tinggal di Malaysia dan banyak berita saya baca menunjukkan keburukan kelantan. Saya cuma mahu pandangan orang bukan ahli berita yg dibayar.

    ReplyDelete
  3. saya tinggal di kelantan, tidak keterlaluan jika sy katakan kelantan paling maju antara negeri lain di pantai timur, maksud saya bukan dr segi bangunan tingi2 tp dr segi ekonomi, rakyat kelantan punyai kuasa beli yg tinggi. byk syarikat swasta besar dtg melabur di kelantan.

    mengikut satatistik 2008, kelantan jatuh ke tangga 6 negeri termiskin. no.1 adalah sabah dan no.2 adalah terengganu.

    sudah byk tabung kebajikan diwujudkan, antaranya tabung kifalah utk warga tua, armalah utk ibu tunggal dan lain2, rakyat kelantan yg cemerlang dlm peperiksaan pun dpt sumbangan.. masalah air, negeri lain pon ad masalah yg sama, jika tuan nk salahkn kerajaan negeri, AKSB sudah berpuluh tahun mohon bantuan utk tingkatkn operasi, hanya baru2 ini pinjaman diluluskan. Projek dr kerajaan pusat byk yg dibekukan, duit peruntukan dr kerajaan pusat yg patut disalurkan ke kerajaan negeri hanya diberi melalui JPP-bahagian2 UMNO negeri..
    yg paling kejam, Hakroyalti minyak kami masih dirompak..

    jika tidak membangun pon, bukan salah kerajaan negeri!

    Tp Rahmat Allah itu bersama org2 yg benar.. kami masih bangkit walaupun perlahan.

    ReplyDelete
  4. tak kisah kalau orang kata Tuan Guru Nik Aziz "Bapa Kafir"...ya, beliau memang bapa kepada kafir2 zimmi yg duduk di Kelantan....rakyat kelantan non-muslim sudah menganggap Tuan Guru sebagai bapa kandung mereka sndiri...kerana begitu prihatin n sayangnya beliau kepada rakyatnya tanpa mengenal agama n bangsa....

    sekadar pandangan...

    ReplyDelete

Apa Pandangan Anda?