Menyedari bahawa adalah suatu kewajipan
di sisi agama bagi mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal umat
Islam khususnya yang sedang ditindas dan dizalimi di Syria, Myanmar dan
Palestin, pada 18 Julai 2012 bertempat di Kulliyah
of Education UIAM, Institut Forum Siswa (i-FORSIS) dengan kerjasama Ma’ruf
Club (MC) UIAM telah menganjurkan “Urgent Meeting : We Are
Brother” bagi menetapkan suatu pendirian terhadap isu tersebut
dan menyediakan pelan tindakan yang dapat meningkatkan kecaknaan dan rasa
tanggungjawab ummah terhadap musibah yang sedang melanda umat Islam di
Syria, Mnyanmar, Palestin dan negara-negara umat Islam yang lain.
Hasil daripada pertemuan itu :-
Kami sekeras-kerasnya membantah sebarang bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan tersebut dan pembunuhan yang dilakukan itu juga merupakan suatu tindakan yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan prinsip agama.
Kami menyeru supaya umat Islam dan
masyarakat yang prihatin supaya :
- Mengusahakan sedaya upaya bagi mengumpul dan menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu umat Islam di Syria, Mnyanmar dan Palestin.
- Berterusan memanjatkan doa secara khusus kepada Allah di bulan Ramadan yang mulia ini bagi memohon kesejahteraan umat Islam di Syria, Mnyanmar dan Palestin.
- Menyebarluaskan maklumat dan informasi terkini berkenaan keadaan umat Islam yang ditindas dan dizalimi di Syria, Mnyanmar dan Palestin kepada seluruh peringkat masyarakat melalui medium dan pendekatan yang pelbagai.
Oleh itu, kami akan :
- Menyediakan platform bagi membina dan mengukuhkan kesatuan umat Islam serta bertujuan membincangkan pendirian dan pelan tindakan terhadap isu-isu yang melanda umat Islam.
- Melancarkan dana khas bagi mengumpul bantuan kewangan untuk disalurkan kepada umat Islam Syria, Mnyanmar dan Palestin.
- Menganjurkan kempen secara berterusan dan besar-besaran bagi meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap keadaan umat Islam yang lain.
- Mengadakan “Himpunan Solidariti Ummah” pada hari Jumaat, 27 Julai 2012, 2 PM di Masjid UIAM Gombak.
Oleh hal yang demikian, kami amat
mengharapkan sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan
agenda ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
Sekian. Terima kasih.
Resolusi ini disediakan dan dipersetujui
sebulat suara oleh :
- Hasbullah Mohd Faudzi, Moderator i-FORSIS
- Mohd Aizzat Abd Rahim, Ma'ruf Club
- Ni' Nurul Ain Mamat Nor, Ma'ruf Club
- Muhammad Uzair Izzat Amir, PEMBINA
- Abdullah Abdulwoheb Al Kamel, Syria
- Qutub Shah, Myanmar
- Muhammad Sayed, Myanmar
- Hassan AbuOmar, Palestin
- Ummi Kalsom, Vietnam
- Muhammad Andi Piadani, Indonesia
- Tami Astie Ulhiza, Indonesia
- Yan Mary, Cambodia
Tarikh : 23 Julai 2012 (3 Ramadan 1433 H)
0 comments:
Post a Comment
Apa Pandangan Anda?