Pages

Ads 468x60px

Sunday, April 3, 2011

BANGGALAH SEBAGAI MUSLIM


[1] Bahawasanya, dulu, kini dan selamanya, Islam dan umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Cabaran tersebut termasuklah serangan ideologi-ideologi jahiliyyah moden yang bertujuan untuk melemahkan pegangan umat Islam terhadap aqidah yang sebenar dan melunturkan iman mereka.

[2] Diantara bentuk serangan tersebut ialah melebarluaskan kekeliruan dikalangan umat Islam terhadap peranan dan kedudukan Islam dalam pelbagai lapangan kehidupan.


[3] Islam yang diberi pengertian yang pelbagai oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. adalah juga menjadi bukti dan dalil yang jelas bahawasanya luasnya ruang lingkup Islam ini dan tidak terhad kepada beberapa aspek tertentu sahaja.

[4] Islam itu sempurna dengan tiga perkara - Islam, Iman dan Ihsan - dan meliputi semua aspek yang mengatur kehidupan manusia termasuklah politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Kesyumulan Islam ini menjadikan hanya Islam yang mampu untuk mentadbir kehidupan manusia dan meyelesaikan masalah yang berlaku dikalangan mereka.

[5] Kesan menghayati Islam secara syumul – menyedari bahawa pentingnya Islam ini bukan hanya untuk dirinya sahaja, bahkan wajib disampaikan kepada orang lain sehingga melibatkan dirinya dalam tugas menyampaikan dakwah dan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.

[6] Sesungguhnya, sistem-sistem kepercayaan yang dicipta oleh manusia – sekularisme, kapitalisme, nasionalisme, sosialisme, liberalisme, komunisme (dan semua yang lain daripada Islam) – adalah cacat dan tidak mampu untuk mengatur kesuluruhan hidup manusia dan kesemuanya itu telah terbukti gagal.

[7] Hanya Islam dengan sifat-sifatnya yang istimewa – rabbani, kemanusian sejagat, keadilan, teguh dan matang, seimbang antara kepentingan individu dan masyarakat – menjadikannya penyelesai kepada semua permasalahan yang berlaku dalam kehidupan manusia dulu, kini dan selamanya.


Hidup mulia dengan Islam.

0 comments:

Post a Comment

Apa Pandangan Anda?