Pages

Ads 468x60px

Wednesday, August 31, 2011

MERDEKA!


Kemerdekaan – Pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan. Secara ringkasnya, itulah kemerdekaan jika ia dibincang dari sudut terminologi.

Jika ditinjau dari sudut sejarahnya pula, ia melibatkan pengkisahan yang panjang sehinggalah tiba pada malam sebelum 31 Ogos 1957, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia, bendera Persekutuan Tanah Melayu pun dinaikkan. Pada 31 Ogos 1957 barulah secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu dilakukan.

Walaupun pengkisahan sejarah kemerdekaan ini kini menerima pelbagai kritikan dan keraguan, namun, tetap juga bagi seluruh warganegara Malaysia – rakyat jelata dan pihak penguasa – memupuk nilai cinta kepada tanah air dan mempertahankannya dari sebarang ‘pencerobohan’. AWAS! Pencerobohan tidak hanya dengan ketenteraan dan tidak juga hanya dari luar.

Maka, KEMERDEKAAN yang dirai saban tahun adalah bukan sekadar untuk mengimbau sejarah silam, tapi ia adalah proses dan kerja yang menjadi tanggungjawab semua. Mari kita MERDEKAkan tanah air kita, Malaysia tercinta :

  1. MeMERDEKAkan MEDIA daripada menjadi alat fitnah-memfitnah, penyebaran berita palsu dan hiburan melampau. MEDIA mesti menjadi alat untuk mendidik rakyat.
  2. MeMERDEKAkan SISTEM KEHAKIMAN daripada gangguan dan cengkaman mana-mana pihak. SISTEM KEHAKIMAN mesti bersifat bebas dan berlaku adil.
  3. MeMERDEKAkan SISTEM EKONOMI dari belenggu penindasan. Rakyat marhaen tidak harus menjadi mangsa menanggung beban kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang lain.
  4. MeMERDEKAkan SISTEM FEDERALISME daripada pencabulan penguasa kuku besi. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan dan dihormati. Hak dan tanggunggjawab bersama pula perlu diperkukuhkan.
  5. MeMERDEKAkan SISTEM PENDIDIKAN dari sebarang sistem dan peraturan yang menyebabkan hak untuk mendapat pendidikan dinafikan dan ada yang menjadi ‘mangsa korban’ sistem pendidikan yang tidak mampu membina modal insan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah hil Hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.

Wallahua’lam.

1 comment:

Apa Pandangan Anda?