Pages

Ads 468x60px

Tuesday, September 6, 2011

INSTITUSI KEHAKIMAN


[1] Adalah maklum oleh sekalian manusia yang berakal, bahawa hikmah kehakiman itu adalah untuk mengangkat kacau-bilau, menolak bala bencana, mencegah orang yang melakukan kezaliman dan  membantu yang dizalimi, memutus pertikaian, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemunkaran.

[2] Sebahagian fuqaha’ mengatakan kehakiman adalah lebih kuat daripada memberi fatwa  ( الإفتأ ) kerana kehakiman itu adalah memberi fatwa dan mengikat orang yang terlibat ( الإفتأ وإلزام ).

[3] Hal ini jelas menunjukkan peri pentingnya institusi kehakiman ini dalam sesebuah negara bagi menjamin keamanan negara dan keharmonian hidup bermasyarakat. Doktrin pengasingan kuasa yang terjamin dalam perlembagaan harus dipelihara dan dipertahankan.

[4] Kebimbangan kita ialah :

  1. Berlakunya penaklukan institusi kehakiman oleh eksekutif (kerajaan) melalui penggubalan undang-undang oleh parlimen. 
  2. Wujudnya anasir yang cuba mempengaruhi institusi kehakiman melalui proses perlantikan hakim yang rapat dengan pihak eksekutif.
[Jika?] Ia belaku, [akan?] memberi lebih kuasa kepada pihak eksekutif (kerajaan) dan natijahnya, hak rakyat tidak dapat dilindungi oleh kuasa kehakiman. Maka hilanglah ‘hikmah kehakiman’ itu, lalu berlakulah kacau-bilau, terjadilah bala bencana, yang melakukan kezaliman bebas daripada sebarang pendakwaan, yang dizalimi dinafikan hak untuk diadili, berterusan pertikaian, kemunkaran menyubur dan kebaikan semakin terhakis.

[5] Institusi kehakiman harus diselamat dan dipulihkan :

  1. Hakim yang dilantik mesti melengkapi syarat-syarat kelayakan dan kemampuan yang meliputi aspek keilmuan, moral dan etika. 
  2. Hakim yang dilantik mesti mempunyai kesungguhan, keazaman dan tekad untuk menjalankan proses kehakiman dengan adil, bermula dari mendengar pendakwaan sehinggalah dijatuhkan hukuman. 
  3. Hakim dan institusi kehakiman mesti jauh daripada campur tangan pihak penguasa. 
  4. Majlis Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan mesti memberi sokongan kepada institusi kehakiman dengan mengambil tindakan keatas mana-mana individu atau pihak yang cuba mempengaruhi hakim dan institusi kehakiman.

[6] Sekiranya hakim-hakim yang sedia ada berani untuk menegakkan hak-hak kehakiman, seluruh rakyat pasti akan memberi sokongan yang padu.

[7] Firman Allah s.w.t. :
 “...dan jika kamu menghukum, maka hendaklah menghukum antara mereka itu dengan adil, sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang melakukan keadilan.”
(Surah al-Maidah : 42)


Tahniah dan takziah kepada Tan Sri Arifin Zakaria atas perlantikan sebagai Ketua Hakim Negara. Jadilah Tan Sri sebagai orang yang paling dikasihi Allah s.w.t.

Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment

Apa Pandangan Anda?