Kanak-kanak
seusia 9, 10, 11 dan 12 tahun ditahan dan dikenakan penderaan mental, kuku-kuku
tangan dan kaki mereka dicabut, gigi-gigi mereka dipatahkan serta dilakukan
penderaan seksual ke atas mereka. Di jalanan, warganegara yang berhimpun tanpa
senjata ditembak ketika berarak. Laki-laki dan warga perempuannya yang tidak
bersalah, bukan sahaja dilabel sebagai pengganas dan radikal Islam, bahkan
dibunuh dan kemudiannya dipotong-potong jasad mereka lalu dikembalikan semula
kepada keluarga mereka.
Demikianlah
sebahagian potret yang sangat memilukan yang melanda umat Islam di Syiria pada
saat dan ketika ini. Membaca dan mendengar pendedahan ini pun sudah cukup untuk
membuatkan kita tidak tertanggung membayangkan keperitan yang terpaksa dihadapi
oleh mereka.
Meyakini dan
mengimani bahawa doa merupakan senjata paling ampuh bagi umat Islam, Gabungan
Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru kepada seluruh umat Islam untuk
walaupun sebaris, memanjatkan dan mengkhususkan doa kepada umat Islam Syiria.
Kini mereka terpaksa berhadapan dengan ujian iman yang tidak dihadapi oleh umat
Islam yang lain.
Bashar al-Asad,
yang mengetuai kerajaan Syiria kini, selepas daripada pemeritahan ayahnya,
Hafeez al-Asad, adalah seorang pemerintah diktator yang kejam lagi zalim. Mengamalkan
pemerintahan ala Fir’aun, memaksa rakyatnya bersyahadah untuk bersaksikan
dirinya sebagai tuhan, mereka mencuri harta rakyat dan memakannya dengan cara
yang haram, memenjarakan para ulama’, melakukan pembunuhan beramai-ramai,
merogol dan mencabul kehormatan wanita, menghalang perempuan beriman memakai
hijab dan menindas golongan lemah seperti orag tua dan kanak-kanak.
Bantahan terhadap
tangkapan dan penderaan ke atas sekumpulan kanak-kanak yang membuat lakaran
tulisan ‘retorik’ “Rakyat Mahu Jatuhkan Kerajaan” di dinding-dinding sekolah
telah menjadi titik mula percikan api kebangkitan rakyat Syiria untuk
menjatuhkan kerajaan pimpinan Bashar al-Asad. Terkesan dengan kebangkitan
rakyat di negara-negara serantau, Bashar al-Asad sanggup bertindak balas secara
secara kejam terhadap rakyatnya sendiri setelah ‘janji’nya untuk mengadakan
‘National Dialogue’, ‘Reform’ dan ‘Consultative Meeting’ gagal untuk meredakan
kebangkitan rakyat Syiria.
Dalam isu ini, kebimbangan
GAMIS adalah apabila komuniti antarabangsa khususnya dikalangan negara-negara
umat Islam seolah-olah membisu. Berbeza dengan kebangkitan rakyat Tunisia dan
Mesir yang mendapat liputan meluas beserta bantuan. Kenapa tiada apa yang
dilakukan dalam kes Syiria? Sedangkan kekejaman regim Bashar al-Asad amat
dimaklumi. Di Tunisia dan Mesir, kebangkitan rakyatnya dikagumi sehingga
dinamakan dengan ‘Arab Spring’, namun dalam kes Syiria, ia seolah-olah bertukar
kepada ‘winter’.
Kini, rakyat
Syiria terpaksa berhadapan dengan kekejaman regim, berada dalam kekalutan
politik dan tekanan ketidakstabilan ekonomi. Kekuatan mereka kini hanya pada
kebergantungan kepada Allah s.w.t. dan doa-doa yang kita panjatkan untuk
mereka. Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi kekuatan kepada mereka dan juga kita
untuk memaksa kebatilan dan kezaliman yang berlaku di mana-mana ke jalan mati,
lalu kita laungkan kepada mereka – yang zalim itu – semua dengan laungan ‘Allahu
Akbar’, sehingga mereka kembali tunduk kepada kekuasaan Allah s.w.t.
Wallahua’lam.
EIKHWAN ALI
Naib Presiden
GAMIS
0 comments:
Post a Comment
Apa Pandangan Anda?