Pages

Ads 468x60px

Tuesday, December 13, 2011

UCAPAN PENANGGUHAN PRESIDEN


UCAPAN PENAGGUHAN PRESIDEN
Sesi Kepimpinan 2010/2011

MUQADDIMAH

Penubuhan Ma’ruf Club dari sudut sejarahnya adalah cetusan rasa kesedaran yang mendalam untuk menjadi kumpulan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kemunkaran. Lahirnya Ma’ruf Club bertititik tolak daripada firman Allah s.w.t. :

“Dan hendaklah ada di antara kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung (memperoleh kejaayaan).”
( Ali-Imran : 104 )

‘Ma’ruf’ dengan makna segala perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan ‘munkar’ pula adalah segala sesuatu yang menjauhkan diri manusia dengan Sang Pencipta.

Kalimah الخير (kebajikan / kebaikan) pula ditafsirkan oleh para ulama’, dengan makna Islam. Seruan Ma’ruf Club adalah kepada Islam yang syumul, yang meliputi perihal islam, iman dan ihsan, dan juga yang meliputi hal ehwal ekonomi, politik, sosial, pendidikan, hiburan dan kebudayaan, serta apa juga lapangan kehidupan manusia. Islam mesti diambil secara menyeluruh. Perbuatan mengambil sebahagian daripadanya dan meninggalkan bahagian yang lain, adalah sifat golongan yang kufur kepada Allah s.w.t.

PENCAPAIAN

Alhamdulillah, dengan keizinan daripada Allah s.w.t., Ma’ruf Club berkesempatan untuk mengadakan pelbagai program untuk mencapai tujuan penubuhannya. Antaranya, seminar keusahawanan, minggu penerangan, liga futsal dan bola jaring, mass gathering, Baktisiswa Edisi Qurban, talk show Osama Laden, kuliah Ustaz Azhar Idrus, kuliah-kuliah mingguan dan program Down to Earth (DTE).

Kami bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana program-program yang diadakan itu, mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya khususnya program talk show Osama Laden, kuliah Ustaz Azhar Idrus dan operasi Down to Earth (DTE).

Pada sesi kali ini juga, Ma’ruf Club berjaya menubuhkan dua institusi baru iaitu Mujahid Institute of Ma’ruf Club (My-MC) dan MC Fan Club (MC Fan). My-MC bertujuan untuk melahirkan kader-kader dakwah yang mempunyai kefahaman Islam yang jitu, akhlak dan disiplin diri yang tinggi serta menguasai ilmu dan kemahiran kepimpinan. MC Fan pula ditubuhkan dengan tujuan untuk menawan hati mad’u dari golongan yang pelbagai dan kebanyakan, yang sukar didekati secara langsung oleh Ma’ruf Club. MC Fan dengan pendekatan sukan, rekreasi dan kebudayaan, dan dengan moto ‘be friends, have fun’, diharap dapat membumikan mesej Islam kepada semua kelompok warga UIAM.

PENILAIAN

Sudah pasti citra kejayaan Ma’ruf Club yang saya sebutkan tadi tetap berlatarbelakangkan pelbagai perkara dan peristiwa. Apa yang penting daripada apa yang telah berlaku itu adalah untuk dibuat penialain dan diambil pengajaran. Kekuatan diperkukuhkan dan kelemahan diperbaiki, bak kata Melodi, ‘kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi’.

Secara peribadi saya berpandangan, untuk sesi kepimpinan akan datang, Ma’ruf Club perlu :
  1. Meningkatkan kualiti budaya kerja cemerlang – sikap menepati waktu, professionalisme pengurusan, penampilan imej, cakna dan sensitif terhadap persekitaran, responsif serta proaktif dalam membuat tindakan.
  2. Bersikap lebih kritis dan kreatif terhadap tema ‘Discover the Beauty of Islam’ untuk diterjemahkan dengan kadungan yang jelas serta pendekatan yang pelbagai serta tidak hanya tertumpu kepada golongan tertentu yang kecil sahaja.
  3. Memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk menyampaikan mesej Islam termasuklah memanfaatkan kewujudan pelbagai persatuan dakwah yang lain, dengan mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan mereka.
InsyaAllah, sekiranya perkara-perkara ini diberi perhatian serius, saya yakin dan percaya, Ma’ruf Club akan berjaya untuk berperanan sebagai ‘The Leading Dakwah Society’ dengan motonya ‘Inspiring Dakwah, Leading the Ummah’.

PENUTUP

Firman Allah s.w.t. :

“[19] Apakah mereka yang memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid al-Haram, kamu samakan dengan mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. [20] Mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”
( at-Taubah : 19 – 20 )

Marilah kita sama-sama mengambil motivasi daripada firman Allah s.w.t. ini untuk terus kekal menjalankan kerja dakwah dan amar maruf nahi munkar, dengan keyakinan, kelak Allah s.w.t. menganugerahkan kemenangan.

Sabda Nabi s.a.w. :

اِنَّها أَمَانَةٌ وَ اِنَّها يَومَ القِيامَةِ خِزيٌ وَنَدَمَةٌ اِلاَّ مَن اَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيهِ فِيها

“Sesungguhnya ia adalah amanah. Dan pada hari kiamat, ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yang menjadi tuntutannya.”
( Hadis Riwayat Muslim)

Dengan lafaz sabda Nabi s.a.w. itu tadi, secara rasmi, dengan ini saya membubarkan saf kepimpinan Ma’ruf Club sesi 2010/2011.

Wallahua’lam.

Eikhwan Ali
08 Dis. 2011

1 comment:

  1. Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
    Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
    Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
    Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
    If not, we'll teach U such things happen in the USA

    Our sincerely,
    PEOPLE GOMBAK


    ReplyDelete

Apa Pandangan Anda?