Pages

Ads 468x60px

Monday, January 23, 2012

KEMUNCAK PERJUANGAN KEBEBASAN


Sejak dahulu lagi perjuangan menuntut kebebasan dalam segenap lapangan digerakkan oleh pelbagai pihak yang mewakili variasi inspirasi. Sudah pasti perjuangan ini adalah kerana adanya sekatan atau halangan kepada mereka bagi menjayakan matlamat perjuangan mereka yang lebih besar.

Sebagai contoh, BERSIH 2.0 menuntut agar pilihanraya berlaku secara adil dan bebas, BEBAS menuntut agar tiada pengaruh atau campur tangan dalam dunia akademik dan Seksualiti Merdeka 2011 pula menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Apapun perjuangan kebebasan tersebut, ia mestilah dibina dan digerakkan di atas asas fitrah (فطرة), kemahuan (إرادة) dan pilihan (خيار) yang dinilai melalui nas syariat dan adat masyarakat. Sekiranya tidak, ia adalah sebuah perjuangan yang batil, sia-sia dan mengundang kerosakan.

Kerana itu, sebaik-baik perjuangan kebebasan adalah perjuangan untuk menuntut agar manusia bebas menyampaikan seruan iman kemudiannya beramal soleh, lalu dengan rasa mulia mengakui, ‘sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam’.

Sesungguhnya, perjungan ini diiktiraf secara langsung oleh Allah sebagai perjuangan terbaik. Firman Allah s.w.t., maksudnya :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata : ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri’?”
( Surah Fussilat : 33 )

Sekiranya iman disebarkan dan tuntutannya ditegakkan dalam segenap lapangan kehidupan, nescaya pemimpin tidak rasuah, penjawat awam tidak pecah amanah, artis – pelakon dan penyanyi – tidak mendedah aurat dan tidak keterlaluan dalam membuat persembahan, kerana masing-masing ikhlas dengan pengakuan, ‘sesungguhnya aku berserah diri kepada Allah’.

Dengan pengakuan sebegini, pasti yang lebih menjadi pilihan adalah habuan akhirat yang telah dijanjikan Allah s.w.t. walaupun terpaksa sedikit bersusah payah untuk kehidupan dunianya.

Maka, dakwah ila Allah adalah kemuncak perjuangan kebebasan, kerana dengannya, manusia bebas daripada azab neraka Allah s.w.t.

1 comment:

  1. Salam...

    mengulas isu KUIN & AUKU...

    #1) Jaga adab anda terhadap pimpinan (jika tidak pun hormat atas dasar kepada mereka yang lebih berilmu dan berusia dari anda).

    #2) Ustaz Azizan telah melakukan pekara yang sepatutnya.. iaitu tidak mencampuri urusan dan pentadbiran pengurusan KUIN... (bukankah itu yang ada perjuangkan??) Kenapa anda pulak meminta campur tangan politik melalui tangan Ustaz Azizan? Bukankah institusi pendidikan sepatutnya bebas dari tangan politik..

    #3) Anda bukannya membawa idealisma Mahasiswa... tetapi idealisma Pakatan Rakyat... Kenapa sewaktu demo diadakan... anda mengunakan pendekatan mencela UMNO... dan menyanjungi PKR.. Adakah pihak kerajaan hanya terdiri daripada UMNO??? MIC, MCA, PPP dan banyak lagi adalah komponen Barisan Nasional.. dan DSAI juga pernah menjawat Menteri Pelajaran dan Tim Perdana Menteri, tiada apa-apa perubahan yang dilakukan.

    #4) Anda menyuarakan kebebasan... tapi kenapakah anda bersifat menghukum apabila seseorang atau individu lain memberikan pendapatnya...

    #5) Kenapa anda tidak bersetuju dengan pindaaan?? sebaliknya mahu ianya dimansuhkan... setiap pekara perlu undang-undang... kebebasan sepenuhnya bukanlah jaminan rating Universiti akan meningkat... Universiti juga seperti sebuah negara... masakan sesebuah negara itu makmur tanpa undang-undang?? Adakah negara itu akan aman sekiranya semua orang bebas berbuat apa-apa saja?? Buanglah/Pindalah saja mana2 pekara yang dirasakan tidak sesuai...

    #6) ini video contoh:- * jangan pula hentam beliau... inilah kebebasan memberikan pendapat.. bukan??

    http://www.youtube.com/watch?v=KpUpXBW9yMs

    ReplyDelete

Apa Pandangan Anda?