Pages

Ads 468x60px

Sunday, March 27, 2011

CANTIKNYA HUKUM ISLAM


[1] Kesalahan zina dan liwat hanya sabit dengan iqrar (pengakuan si pelaku) atau saksi-saksi yang memenuhi syarat-syaratnya.

[2] Iqrar mestilah dilakukan berulangkali di hadapan hakim dan hakim perlu menunjukkan rasa tidak senang terhadap iqrar tersebut (agar tidak mengulangi iqrar tersebut), kerana bertaubat lebih baik dan dituntut.

[3]
Penarikan balik pengakuan si pelaku (walaupun telah menepati syarat iqrar) adalah diterima dan pelaku bebas daripada hukuman.


[4]
Saksi mestilah bukan orang yang berkepentingan tertentu atau prejudis (seperti menjadi saksi kepada bapa) dan tidak bermusuhan dengan orang yang dituduh (maka tidak boleh diterima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik).


[5] Empat orang saksi tersebut mestilah seorang yang adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

[6] Saksi juga mestilah melihat dengan jelas kesalah itu berlaku, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya. Ulama’ bersepakat bahawa kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat.

[7]
Cantiknya hukum Islam :

  1. Tidak sewenang-wenangnya membuat pertuduhan.
  2. Menjaga aib yang menuduh dan yang tertuduh.
  3. Bersifat mendidik, bukan menghukum.
  4. Memberi peluang untuk bertaubat.

0 comments:

Post a Comment

Apa Pandangan Anda?