Pages

Ads 468x60px

Thursday, March 24, 2011

SISTERS, TUTUPLAH AURATMU!


Rasa berat dan tidak larat sudah untuk ku sampaikan seruan ini. Berat barangkali kerana begitulah hakikat iman dalam diri manusia, kadang-kadang naik dan ada masanya menurun, lalu kadang-kadang mampu menegur dan ada ketika sekadar mengeluh. Tak larat pula bukan kerana sudah selalu tegur, tapi bukankah sudah banyak mereka-mereka yang juga tidak senang dengan hal ini membuat teguran?

Tak kan dengan sebanyak itu nasihat, peringatan dan teguran yang diberikan, masih belum terkesan untuk mengatur hidup dengan aturan Tuhan? Betul juga kata teman saya, “Itulah sikap manusia, lupa, lalai, alpa. Selalulah beri peringatan kepada mereka”.


Aku tidak mampu memberi peringatan, cukuplah Allah yang memberi peringatan :
"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(Surah an-Nur: 31)
Menurut Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud PERHIASAN perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai untuk berhias dan mempercantikkan tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, RAMBUT DAN POTONGAN TUBUH, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, MAKE-UP dan sebagainya.

Ada baiknya juga kalau amaran Nabi s.a.w. ini kita teliti :
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu : [1] Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); [2] PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, YANG CENDERUNG KEPADA PERBUATAN MAKSIAT DAN MENCENDERUNGKAN ORANG LAIN KEPADA PERBUATAN MAKSIAT , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini TIDAK AKAN BOLEH MASUK SYURGA, SERTA TIDAK DAPAT AKAN MENCIUM BAU SYURGA, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)
Yang terzahir yang boleh didedahkan itu hanyalah muka dan tapak tanganmu sahaja, ada pun yang lain daripada keduanya, tutuplah ia. Jadilah muslimah mu’minah yang menuju destinasi syurga.

Pakaian pastikan jangan nipis.

Tudung pastikan labuh melebihi paras dada.

Janganlah pakai pakaian yang ketat dan sendat.

SISTERS, TUTUPLAH AURATMU!


Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment

Apa Pandangan Anda?