[1] 1001 pengalaman yang sangat bermakna sepanjang menyertai DTE tempoh hari. Suatu akademik untuk pendakwah yang sangat praktikal. Bukan sahaja soal menunaikan kewajipan, lebih daripada itu suatu latihan untuk melengkapkan diri bagi menyempurnakan sebuah tanggungjawab yang sangat penting.
[2] Walaupun dengan harapan dapat mengumpulkan 300 orang petugas untuk menjayakan misi ini, kurang lebih 200 orang yang hadir itu sudah cukup untuk menggerakkan misi ini sehingga ke akhirnya. Dengan izin Allah, mudah-mudahan mesej yang disebarkan, sampai kepada semua. Kita harapkan, akan berlaku suatu perubahan pada masa akan datang.
Presiden Enginius menyampaikan ucapan penutup sesi petang
[4] Saya yakin dan percaya, daripada usaha yang dilakukan tempoh hari, akan ada benih-benih yang terpilih akan bertunas dan tumbuh sebagai pohon yang subur dan merendang, lalu memayungi umat manusia dengan kebaikan dan keindahan Islam.[3] Ada yang merungut mengatakan bahawa sekadar edar risalah sebegitu tidak akan dapat untuk mengubah apa-apa keadaan pun. Saya tidak nafikan hal itu, ada betulnya juga. Namun, ada baiknya saya jelaskan tujuan-tujuan DTE V1.0 ini diadakan, supaya semua dikalangan kita faham mengapa ia dilancarkan.
Commander DTE V1.0 memberikan taklimat(I) Untuk menyedarkan semua pihak, situasi terkini dan sebenar tentang Islamic Environment / Biah Solehah di UIAM.
(II) Untuk melontarkan lima isu penting berkenaan Islamic Environment / Biah Solehah kepada semua pihak untuk diberi perhatian serius iaitu :(III) Untuk menyemai rasa tanggungjawab kepada semua pihak terhadap tugasan dan kewajipan melaksana amar ma’ruf nahi munkar.
- Meninggalkan Solat
- Couple
- Pergaulan (Muamalah) Antara Lelaki dan Perempuan
- Pendedahan Aurat
- Kecurian dan Vandalism
[5] Alhamdulillah, program ini berakhir dengan para peserta membuat satu resolusi sebulat suara seperti berikut dan beberapa cadangan tambahan.
Menubuhkan suatu jawatankuasa bersama melibatkan pelbagai pihak (SRC, KBS, DBS, MRC) untuk mengemukakan cadangan-cadangan pencegahan dan penguatkuasaan kepada pihak pentadbiran universiti, bagi menyuburkan Islamic Environment / Biah Solehah di UIAM.
Cadangan-cadangan tambahan :
- Mengadakan DTE secara berkala.
- Mengadakan zon angkat.
- Edaran risalah diadakan secara konsisten.
[6] Terima kasih kepada semua - Pihak Pentadbiran, Keselamatan, SRC, DBS, KBS dan semua yang hadir tanpa mewakili mana-mana entiti. Allah pasti akan mengurniakan kepada kalian ganjaran yang terbaik disisiNya. InsyaAllah, kebersamaan dan kesungguhan ini kita akan teruskan pada masa-masa akan datang demi benar-benar menjadikan UIAM sebagai “The Garden of Knowledge and Virtue”.
[7] InsyaAllah akan datang, DTE V2.0 dengan tema “We Love IIUM”.
Wallahua’lam.
EIKHWAN ALI
Presiden Ma’ruf Club
Wallahua’lam.
EIKHWAN ALI
Presiden Ma’ruf Club
presiden Enginius kemah skalih..nmpk tinggi molek.;)
ReplyDeleteAlhamdulillah =)
ReplyDeleteStyle2