Tugas amar ma'ruf nahi munkar menjadi keWAJIBan bagi setiap muslim. Menunaikannya, diberi pahala di sisi Allah s.w.t. dan meninggalkannya pula adalah suatu dosa. Pentingnya tugasan ini, sehingga diWAJIBkan juga bagi orang yang melakukan maksiat, mencegah kemunkaran yang berlaku dan menyuruh manusia lainnya melakukan kebaikan WALAUPUN dirinya juga melakukan kemunkaran tersebut.
MAKA, saya mengemukakan SERUAN-SERUAN berikut kepada SEMUA pihak :
- Tingkatkan kesedaran di kalangan ahli (club / society) dan masyarakat awam tentang kepentingan melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar melalui medium dan method yang pelbagai.
- Pergiatkan promosi dan pelaksanaan program-program dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar. Pendekatan kreatif bersesuaian dengan kumpulan sasaran perlu ditingkatkan.
- Perkukuhkan kerjasama dan nilai bantu-membantu dikalangan pelbagai pihak dalam lapangan dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar.
- Meng’islah’kan diri, pada masa yang sama menyeru manusia lainnya kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemunkaran.
Mudah-mudahan Allah s.w.t. menurunkan rahmat dan pertolonganNya kepada mereka yang ikhlas dan bersungguh dengan tugasan dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar ini, lalu menyelamatkan masyarakat seluruhnya dengan kebaikan dan keindahan Islam.
Marilah kita semua menunaikan amanah ini secara bersama, bergandingan bahu menyelamatkan ummah.
Wallahua’lam.
EIKHWAN ALI
Presiden Ma’ruf Club
0 comments:
Post a Comment
Apa Pandangan Anda?