Sejak
pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih
& Adil (BERSIH) tentang penganjuran himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini
di Dataran Merdeka, bermacam-macam respon dibuat oleh pelbagai pihak. Kini,
hanya berbaki kurang 1 hari 20 jam 30 minit untuk acara itu berlansung dan
respon-respon itu masih berterusan.
Di
pihak Pakatan Rakyat (PR), dari Ketua Pembangkang sehinggalah kepada
ahli dan penyokong bawahan, semuanya menyatakan sokongan dan memberi komitmen
penuh untuk menjayakan siri ke-3 himpunan seumpama itu sejak ia diadakan buat
kali pertama pada tahun 2006.
Sikap
Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
melalui menterinya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, atas semangat ‘menghormati’
Akta Himpunan Amam 2011, memberi reaksi yang sangat berbeza berbanding ketika
penganjuran BERSIH 2.0, awal-awal lagi mengumumkan tiada halangan untuk
himpunan itu diadakan.
Malangnya,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersikap ‘proaktif’
sebagaimana KDN dalam mendepani permohonan daripada pihak BERSIH. Barangkali
juga KDN dan DBKL sedang bermain wayang. Ketegasan BERSIH untuk tetap berhimpun
di Dataran Merdeka menyebabkan BERSIH dan penyokongnya dilabel sebagai degil
dan didakwa cuba mendoktrin rakyat Malaysia untuk tidak menghormati
perlembagaan negara serta tidak menghargai keamanan yang sedang dinikmati kini.
Media
(TV3,
Utusan Malaysia) pula mengambil posisi terpenting untuk mempengaruhi persepsi
seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan penuh dan ‘bersuara’ oleh beberapa orang menteri,
agamawan, ilmuan dan rakyat disiarkan setiap hari untuk memberitahu rakyat
Malaysia bahawa himpunan BERSIH 3.0 adalah haram, akan mengancam keselamatan
negara, mengganggu kehidupan warga ibu kota, doktrin sesat pembangkang dan tidak
rasional. Tidak lain tujuannya melainkan untuk menjatuhkan political mileage
lawan politik kerajaan atau sekurang-kurangnya mengurangkan sokongan dan
kehadiran rakyat ke BERSIH 3.0.
Mahasiswa selaku kunci
penting dalam pembinaan dan pembangunan masa depan Malaysia juga pasti punyai
pendirian. Mahasiswa Generasi Y adalah mahasiswa yang berfikir dengan akal,
berbicara dengan fakta, mendengar dengan cakna dan memerhati dengan bijaksana
pasti akan berekspresi secara rasional.
Penilaiannya adalah bukan soal BN atau PR, kerajaan atau pembangkang. Tetapi asas pertimbangan mahasiswa adalah kebenaran dan keadilan, lebih-lebih lagi dalam soal proses pemilihan kepimpinan negara yang menjadi penentu kepada substance pembinaan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Jika silap langkah, padah! Jika betul, bertuah!
Saya
yakin dan percaya, serta memberi jaminan bahawa tidak kurang 50,000 mahasiswa dan
anak muda akan menyertai himpunan BERSIH 3.0 pada hari Sabtu ini.
Saya
yang benar,
EIKHWAN
ALI
Pengerusi,
Inspirasi
Anak Muda Malaysia (INSPIRASI)
Takbir!! ALLAHUAKBAR!!!
ReplyDeletemohon jelaskn matlamat Bersih 3.0.. TERIMA KASIH..
ReplyDelete-insan dilema-
setuju. mohon penjelasan matlamat BERSIH...
ReplyDeleteKetua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK