Golongan
Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak
agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama,
mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fekah.
Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang
telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada Rasulullah s.a.w. dan
sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh mereka.
Pengaruh
liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti
oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim termasuklah dengan menubuhkan
forum diskusi dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia
dan Sister in Islam (SIS) di Malaysia.
Gerakan
Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam
yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi
interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi
oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme,
sekularisme dan liberalisme.
Rancangan
musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis dan Amerika adalah untuk
memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam yang
radikal dan pada belahan dunia Islam yang lain mereka menaja kelompok Islam
liberal, disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang,
MAKA gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah
wal jamaah dan menjadi umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.
Menurut
penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah disesuaikan
kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan
agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Jika terdapat
hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun
global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.
Sebenarnya,
program Islam liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan
liberalisme politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di
Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang kuat,
maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam yang lain tidak
akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja kumpulan-kumpulan dan individu-individu
tertentu di negara-negara umat Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal
ini.
Secara
ringkasnya, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran
liberalisasi iaitu; [1] liberalisasi bidang aqidah dengan penyebaran
fahaman pluralisme agama, [2] liberalisasi bidang syariah dengan
melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan [3] liberalisasi konsep wahyu
dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.
Semoga
Allah selamatkan kita daripada sebarang bentuk kesesatan.
Wallahua’lam.
Amboih..tingginyer bhse,hmpr x phm..nasib baik i pandai inggeris..ayat die x mcm matrik dl dah..
ReplyDelete