Sebahagian
daripada agenda al-ghazw al-fikriyy (serangan pemikiran) yang didalangi
oleh para orientalis dan dilatari oleh pengaruh fahaman asing seperti
sekularisme, modenisme dan pascamodenisme adalah aliran pemikiran Islam liberal
dan fahaman pluralisme agama.
Antara
intipati perjuangan aliran ini ialah meyakini semua agama adalah benar dan
merupakan jalan menuju kepada Tuhan yang sama. Agama yang pelbagai itu
dianggap sebagai pintu-pintu yang banyak untuk menuju ke syurga. Maka, bagi
mereka, agama mana yang menjadi pilihan, bukannya kunci ke syurga, tetapi kunci
ke syurga adalah nilai keikhlasan seorang manusia untuk membebaskan manusia
lainnya dari kelaparan, penderitaan, kekerasan dan ketakutan.
Aliran
pemikiran ini juga berpegang bahawa larangan perkahwinan berlainan agama sudah
tidak lagi relevan dan menganggapnya hanya sebagai masalah sosial-politik. Pernikahan
pula dianggap sebagai konsep yang aneh kerana menurut mereka persetubuhan
yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan wanita, sama ada dengan akad (nikah) atau
tidak, wanita tetap menjadi tempat bagi lelaki melampiaskan nafsu. Mereka juga
menghalalkan perkahwinan homoseksual kerana bagi mereka homoseksualiti itu
adalah fitrah yang diciptakan Tuhan.
Selain
itu, fahaman Islam liberal ini juga mempercayai bahawa kitab suci semua agama
adalah mukjizat, sekaligus menafikan kesucian al-Quran dan meletakkannya
setara dengan kitab-kitab agama lain. Menurut mereka, al-Quran sebenarnya
adalah perangkap bangsa Quraisy untuk menunjukkan kewujudannya di tengah
suku-suku Arab yang lain. Sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh
Rasulullah s.a.w. dianggap pula hanyalah kemampuan kepimpinan (leadership
value) seorang manusia ke atas manusia yang lain, justeru ia juga boleh
dimiliki oleh manusia lain.
Secara
prinsipnya, ajaran Islam liberal ini telah mencemarkan dan bercanggah dengan
kemurnian tauhid (Aqidah Islamiyyah), menggugat kemutlakan al-Quran
sebagai kitab suci, menggugat martabat kerasulan dan keluhuran peribadi Nabi
Muhammad s.a.w., menggugat autoriti al-Sunnah dan ijmak ulamak, serta menggugat
keunggulan syariat Islam dan kedaulatannya.
Sebenarnya,
aliran pemikiran seumpama ini mempunyai agenda tersembunyi iaitu untuk
menggugurkan agama secara sepenuhnya daripada masyarakat dengan memisahkan
agama daripada pendidikan, menjauhkan syariat Islam daripada kedudukannya yang
sebenar sebagai sumber perundangan dan mengasaskan ekonomi di atas dasar riba. Ia
juga bertujuan untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan, dan
ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu dalam urusan kehidupan dan
menjadikan Islam hanya sebagai agama rohani semata-mata dan menolak agama
sebagai penentu dan pencorak perjalanan hidup bermasyarakat.
Hakikat
perancangan mempromosikan aliran pemikiran Islam liberal ini adalah berpangkal
punca setelah musuh-musuh umat Islam gagal berhadapan dengan sikap dan
keperwiraan umat Islam di zaman bersatunya umat Islam di bawah kewujudan satu
khilafah dan tunduk di bawah satu hukum, lalu mereka menghantar para
orientalis ke wilayah-wilayah umat Islam untuk mencari rahsia kekuatan umat
Islam dan akhirnya menemui suatu kesimpulan yang diungkapkan oleh Gladestone, “Selagi
umat Islam berpegang teguh dengan kitab ini (al-Quran), selama itulah kita
tidak dapat menguasai mereka. Oleh yang demikian, kita hendaklah menyusun
perancangan untuk memisahkan mereka dari kitab ini.” Lalu
muncullah Islam liberal di abad ini untuk menjayakan misi tersebut.
“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan
mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, walau dibenci
oleh orang-orang kafir.” (Surah as-Soff : 8)
Wallahua’lam.
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK